Jauhnya realiti daripada kesempurnaan fantasi
Salam sejahtera buat semua.
Untuk sepanjang minggu ni, merupakan masa-masa genting sebelum bercuti Raya ni. Semalam sahaja ada satu test dan kuiz. Hari ini ada satu lagi test dan satu lagi pada keesokannya. Bagi yang ambil subjek bahasa dan ko-q tu, ada satu lagi tambahan test. Semoga berjaya untuk semua.
Entri ni ditulis sekadar respon kepada entri Cik Tna a.k.a colorless (boleh ek panggil cmni?). Entri dia pendek je, tapi aku komen sampai terlebih panjang lak. Jadi, aku nak masukkan komen tu kat sini dan disunting semula dalam struktur ayat yang lebih baik. [Daripada takde update, aku masukkan je la. Lagipun, takkan nak entri Jika Aku Jatuh Hati tu je yang nampak kat atas kan]
orang putih kata,when you start,its actually half done.
orang juga ada berkata,cakap senang,buat susah..
itu semua benar.dan bila mana aku masih lagi kebingungan,kebimbangan.risau tentang apa yang akan berlaku.tentang apa yang menanti di depan
takut.itu suatu yang pasti.
aku tidak mampu meluahkan apa yang dirasa.terlalu sukar untuk diceritakan.terlalu payah.
bila apa yang dipandang tidak selari dengan apa yang difikirkan
Respon
Banyak benda yang lebih banyak cakapnya daripada pelaksanaan. Aku pun selalu macam tu. Secara kasarnya, cakap mudah tapi kalau nak buat mesti susah!
Sebagai contoh teknikal, dalam kehidupan sebagai seorang pelajar Kejuruteraan Kimia, aku tidak lepas daripada melakukan eksperimen. Kalau bab teori untuk sesuatu eksperimen tu, memang ideal betul teorinya. Tapi, bila dah buat eksperimen tu, baru tahu betapa jauhnya realiti daripada kesempurnaan fantasi.

Baru-baru ni aku ada buat eksperimen “Activated Carbon Absorption for Methylene Blue”. Secara mudahnya, karbon aktif @ arang ni akan menyerap metyhlene blue ke dalamnya. Sepatutnya kepekatan methylene blue akan menurun di sepanjang eksperimen. Tapi, data sebenar yang aku dapat, sekejap naik, sekejap turun balik. Yang payahnya, macam mana kita nak jelaskan semua ni dalam laporan eksperimen nanti? Yang tu fikir kemudian la…
***
Bercakap mengenai masa depan, semua tahu yang kita tidak tahu apakah yang akan berlaku di masa depan. Masa depan adalah cabaran kehidupan kita. Kehidupan tanpa cabaran menjadikan ia stereotaip. Maka, hilanglah seri dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia.
Ketidakpastian peristiwa di masa depan, memang meresahkan. Tidak kiralah sebagus mana rancangan yang kita aturkan, hasilnya boleh sahaja berbeza sama sekali. Sering juga terjadi, bila kita dah yakin dalam perancangan, lain pula tindakan yang diambil.
beliamuda: dalam berhadapan dengan khalayak ramai, paling menyakitkan apabila kita terpaksa memalsukan perasaan kita dihadapan meraka [bila perasaan lain daripada apa yang dipaparkan diluar]. Biasanya kita akan cepat keletihan dan rasa mengalah mudah menguasai diri. Maka, tiba masa untuk “take a deep breath, rest a moment”…

wah3..komen smpai blh kaitkan ngan eksperimen..
.-= Wan Pai´s last blog ..Siapa Aku??? =-.
[Reply]
beliamuda Reply:
September 10th, 2009 at 9:45 PM
@Wan Pai, terlintas di fikiran masa nak tulis.. kasi masuk je la..
[Reply]
hehe. sempat lagi include skali psl lab dlm blog post ek
pnat jugak melakonkan perasaan depan orang lain. tapi kadang-kadang terpaksa jugak kalau itu yang terbaik. pape pun, all the best la untuk test-test yang berderet ni
.-= princess´s last blog ..untuk kesekian kali =-.
[Reply]
beliamuda Reply:
September 10th, 2009 at 9:48 PM
@princess, mcm buleh jadi contoh.. so, amik je la.. group sebelah, buat eksperimen yang pakai kaolin (warna putih cam susu).. methylene blue ni lak warna biru (macam nila).. kalau termasuk dalam diorang nya larutan, “kerana nila setitik rosak susu sesilinder”.. huahua~~
betul tu, kalau itu yang terbaik, kena tabahla melakukannya.. satu je lagi tinggal.. ALL THE BEST~~
[Reply]
Berkata2 lebih mudah berbanding melaksanakan sesuatu. Bukan semua isi tersirat boleh di umumkan.
Selamat menjalani test
[Reply]
beliamuda Reply:
September 10th, 2009 at 9:49 PM
@Nikuve, terima kasih…
[Reply]
“dalam berhadapan dengan khalayak ramai, paling menyakitkan apabila kita terpaksa memalsukan perasaan kita dihadapan meraka [bila perasaan lain daripada apa yang dipaparkan diluar]”
quote ckit ayat en beliamuda
haha,cam frust jah bunyi..lpskan la perasaan tu
btw,kita ibarat pelakon dan kehidupan selaku pentasnya
so,jadilah pelakon terbaik di atas pentas sendiri
[Reply]
beliamuda Reply:
September 10th, 2009 at 9:51 PM
@penaberkala, dah lepas dah sikit2.. takleh lepas semua, kan meletup tak tentu pasal…
nak jadi pelakon terbaik di pentas sendiri pun payah.. -_-”
[Reply]
PutraMalaya Reply:
September 13th, 2009 at 4:24 PM
@penaberkala, nice2…jadilah pelakon yg berguna.walau pahit nk terima walau susah nk buat..jd lah yg terbaik..o_O…tersirat sungguh
.-= PutraMalaya´s last blog ..(Gambar) Aku Kembali Pulang =-.
[Reply]
tp byk sangat tersirat pun boleh berseliarat jugak ^__^
.-= nazra´s last blog ..999 =-.
[Reply]
beliamuda Reply:
September 10th, 2009 at 9:52 PM
@nazra, (^_~)v
[Reply]
rilek sudehh…fokus2
.-= hazwan´s last blog ..Suatu Cerita di Subuh Ramadhan =-.
[Reply]
beliamuda Reply:
September 10th, 2009 at 9:52 PM
@hazwan, fokus2.. insyaALLAH boleh fokus.. kadang2 je terlepas fokus.. mengharap juga sahabat untuk menegur di kala tersasar..
[Reply]
‘Ketidakpastian peristiwa di masa depan, memang meresahkan’.
kalau kita sudah tahu apa yang ada di depan, tentu kita tak berusaha dengan baik-baik seperti sekarang.
.-= ikin´s last blog ..selamat berperiksa dengan baik-baik, adik! =-.
[Reply]
beliamuda Reply:
September 13th, 2009 at 12:26 AM
@ikin, betul tu.. itulah kehidupan kita. Sebagai manusia, pengetahuan kita memang terbatas…
[Reply]
kehidupan tanpa cabaran adalah stereotaip
tapi aku tidak suka kan cabaran
aku ini insan lemah
sentiasa kalah pada cabaran
huh
.-= teh´s last blog ..Stop Running! =-.
[Reply]
beliamuda Reply:
September 13th, 2009 at 12:27 AM
@teh, sentiasa kalah? saya pasti ada saatnya anda berjaya atasi cabaran anda.. walaupun ianya cabaran yang kecil sahaja..
[Reply]
teh Reply:
September 13th, 2009 at 12:58 AM
@beliamuda,
yeah..memang la ada saat itu
tapi sejak2 akhe2 nih aku slalu kalah dikalahkan atau mengalah
hohohoh
penin2~
.-= teh´s last blog ..Stop Running! =-.
[Reply]
berlakon apa plk ni bro? kenapa perlu berlakon? boleh cerita sikit apa situasinya smpai terpaksa berlakon tu. Jangan sampai maruahm agama tergadai sudah la.. Kadang2 berlakon itu perlu. Sebagai strategi… Hidup mesti pndai merancang dan melaksanakan…
[Reply]
beliamuda Reply:
September 13th, 2009 at 12:28 AM
@JHafiz, takde la berlakon sampai tergadai agama.. berlakon untuk menjaga hati sesetengah pihak, untuk menjaga hati sendiri, untuk menjaga batas di antara manusia..
[Reply]
JHafiz Reply:
September 15th, 2009 at 12:09 PM
@beliamuda, perlu jgk berlakon camtu. saya pon biasa sgt berlakon utk jaga hati. xpela… aslkan org lain bahagia.
[Reply]
beliamuda Reply:
September 15th, 2009 at 12:54 PM
@JHafiz, hmm.. terutama untuk orang yang kita sayang~
[Reply]
JHafiz Reply:
September 16th, 2009 at 1:30 PM
@beliamuda, stuju3…
[Reply]
Sentiasa berusaha untuk mendapatkan masa depan yang lebih baik. Masa depan memang tak boleh diramal, tapi kita boleh berusaha untuk mengubah masa depan kita =)
.-= blinkky´s last blog ..How To Speed Up YouTube Buffering ? =-.
[Reply]
beliamuda Reply:
September 13th, 2009 at 12:31 AM
@blinkky, usaha ke arah itulah yang memerlukan kesabaran dan keteguhan dalam melaksanakannya… kadang2 kita rebah dalam perjalanan menuju destinasi yang diinginkan.. mungkin bukan itu yang ditakdirkan, pasti ada hikmah di sebaliknya..
~~lebih kepada menenangkan diri sendiri…
[Reply]
Eksperimen memang tak semestinya jadi..
Wah.. ambil jurusan Kimia ek?
.-= zool´s last blog ..Car-seh, perkhidmatan mencuci kenderaan =-.
[Reply]
beliamuda Reply:
September 13th, 2009 at 12:33 AM
@zool, yup, jurusan kejuruteraan kimia~
[Reply]
gudluck 4 ur exams ^^
exam, exam jugak… raye tetap raye… wee~~
.-= rue´s last blog ..Sebatan Islam vs Sebatan Civil =-.
[Reply]
beliamuda Reply:
September 13th, 2009 at 12:35 AM
@rue, exam dah abeh dah.. lepas raya la plak.. neway, terima kasih~
[Reply]