Salam sejahtera buat semua.
Akhirnya, setelah dua minggu yang sibuk, terutama minggu ni sebab ada tiga test pada hari yang berturutan. Diingatkan di sini, walaupun ada test, kelas masih berjalan seperti biasa, asemen ada je yang kena buat dan lab pula memang lama. Ada test yang diadakan sejam selepas kelas terakhir dan ada juga test yang diadakan lewat petang (habis sekitar pukul 6 petang).
Entri ini sekadar kemas kini ringkas tentang perkara yang berlaku sepanjang minggu ni. Entri baru akan menyusul mungkin petang ni atau malamnya. Tengok keadaan la. Nak kuar gi merayap ke Ipoh dengan kawan-kawan jap lagi.
090909
Hari Rabu lepas, susunan nombor menarik ni muncul dalam kalendar. Paling menarik pada tepat pukul 09:09:09. Aku tak sempat nak tulis mengenai peristiwa ni, tak macam 123456789 tu. Ramai juga blogger yang masukkan entri pasal angka menarik ni kan.
Pada masa tersebut, aku sedang kebosanan di dalam kelas Separation Process II. Tapi kan, ni la subjek paling mencabar sem ni. Paling susah dan paling banyak jam kredit (sama banyak dengan Reaction Engineering). Bosan dalam kelas ni pun sebab aku juga (tak nak salahkan Dr Saikat). Nasib baik tak tidur kan.
Hari ni jugaklah ada test Reaction Engineering. Boleh tahan jugaklah soalannya. Cuma agak keletihan masa menjawab sebab malam sebelum dah tidur tiga jam je, lepas tu ada kelas daripada pukul 8 sampailah pukul 2. Pukul 3 terus ambil test ni.
Benda menarik pada hari itu ialah <ai ai>. No komen. Cuma gurauan dengan rakan je.
Sepro oh Sepro
Alhamdulillah, test Process Instrumentation berjalan dengan baik. Cuma hampir beku duduk dalam bilik tu. Kena pula bawah air-cond. Nasib baik tangan tak berhenti menulis je.
Namun, keadaan tidak sama untuk test Separation Process. Dengan banyak benda yang aku terlepas dalam kelas, tak terkejar nak ulang kaji semua. Hanya tumpu pada tajuk-tajuk tertentu dan pemahaman di tahap asas sahaja.
Rasa cam tempang gak la masa menjawab. Soalan tu sebenarnya memang senang. Psiko gak la tengok kawan-kawan boleh jawab pastu keluar awal. Redha je la kan. Pengajaran daripada test ni, rajin-rajin la buat sendiri asemen. Konfem leh jawab. Ni asyik kopipes je kan.
Satu lagi, aku tak puas hati betul la dengan keadaan gelanggang bola keranjang kat Uni aku. Ada lima semuanya. Tapi, dua memang dah tak leh guna + jauh daripada Village aku. Yang dekat pulak kena rampas oleh budak-budak futsal. Agak-agak la nak main pon. Tak leh nak tolak ansur ke? Kami dapat guna separuh gelanggang (bukan 2 setengah, tapi betul-betul setengah) je daripada lima yang wujud. Sedih tol!
beliamuda: semalam baru aku perasan yang dah lama aku tak keluar merayap malam-malam kat sekitar kawasan kampus. Selalu terperap dalam blik je. Kalau ada tugasan kumpulan pon, guna Gtalk je. Rindu zaman muda dan nakal dulu-dulu… (macam dah tua sangat dah :P)

Leave a Reply