(Wali Band) Kekasih Halal – Ku Rindukan Gadis Berkerudung Merah

Salam sejahtera buat semua.

melodi-d-hujung-minggu

Seperti biasa, entri Melodi d’ Hujung Minggu kembali lagi. Jangan salah faham pula dengan tajuk entri ni. Nama lagu kali ini ialah Kekasih Halal oleh Wali Band. “Ku Rindukan Gadis Berkerudung Merah” tu akan diceritakan di bawah nanti.

Pertamanya, nak minta maaf sebab semalam tak sempat nak kemas kini entri baru seperti yang dijanjikan. Tidak sangka semalam telah bertukar kepada guys day out (ada ke istilah ni?). Balik hampir pukul 12 malam. Nanti akan dikemas kini untuk entri yang dimaksudkan dan juga entri guys day out tuh.

Jom kita layan video klip Kekasih Halal ni. Cis, klip video tu dah kena buang lak. Aku dah bookmark sejak minggu lepas lagi. Takpela, layan je la audio dia.

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

aku telah lelah
memilih memilah mencari wanita
siapakah dirinya
yang kan menjadi kekasih halalku

tiba-tiba aku terpana
ada kejutan tak terduga

dia gadis berkerudung merah
hatiku tergoda tergugah
tak cuma parasnya yang indah
dia baik dia soleha

Dia gadis berkerudung merah
bawalah diriku padanya
takkan habis ku berdoa
jadi kekasih halalnya

jadikan diriku halal
memeluk halal menciummu
lekaslah jangan tunda
untuk menjadi kekasih halalku

itu itu dia gadis berkerudung merah
hatiku tergoda tergugah
tak cuma parasnya yang indah
dia baik dia soleha

beliamuda:

Ini adalah lagu Wali Band yang keempat aku ada. Lagu lain yang aku dah dengar ialah Cari Jodoh, Puaskah dan Yank. Ketiga-tiga lagu ni diperkenalkan oleh bro Adi. Sedap-sedap pulak tu.

Lagu Kekasih Halal ni pula diperkenalkan oleh Abu. Dia letak lirik je dalam entri dia. Jadi, aku cari dan layan. Macam best pulak kan. Sekali ada kaitan lak dengan aku. Sipi-sipi je la.

Kekasih Halal dalam lagu ni aku definisikan sebagai seorang isteri. Kiranya, lelaki dalam lagu ni beria-ia ingin menjadikan wanita yang telah menggoda hatinya tu sebagai isteri yang sah. Korang rasa macam mana pulak?

Gadis Berkerudung Merah

ku rindukan gadis berkerudung merah
yang pernah kutemui dulu
yang senyumannya pernah menusuk kalbu
yang gelak tawanya menenangkan

ku rindukan gadis berberkerudung merah
yang lagak gayanya penuh misteri
yang tindakannya penuh kerahsiaan
yang menyebabkan aku semakin tertarik kepadanya

ku rindukan gadis berkerudung merah
yang pernah rapat dengan diriku
yang pernah berjuang sekali dengan diriku
yang tidak pernah pula mengenal erti mengalah

hari ini aku tertanya lagi
bisakah lagi kita ketemu semula
sejak dirimu hilang daripada pandangan
dalam kelam kau membawa diri

Gadis berkerudung merah, itulah imej pertamanya dalam memoriku~
[23-FEBRUARI-2007]

11:35AM
13-SEPTEMBER-2009

*ada gambar gadis bertudung merah yang aku nak letak sebagai hiasan kat sini, tapi gadis tu lawa sangat. Nanti ada yang jeles pulak. Penaberkala pun ada gambar gadis bertudung merah yang comel dan lawa (gambar kat gtalk dia). Tapi, aku malu la nak minta gambar tu.. huhu~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

  1. Cousin sy pulak suka warna merah.Sy nie pulak gadis bertudung.Sy nie minat jugaklah warna merah ,tapi bukan warna favourite.