Merasai kembali nikmat sihat, ceria seperti dulu

Salam sejahtera buat semua.

Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat dan rakan yang mendoakan kesihatan saya. Sebelum ini, saya ada menulis tentang keadaan diri saya yang tidak sihat di sini. Masa tulis entri tu, masih lagi demam dan belum pulih sepenuhnya.

Kesakitan yang dialami, adalah kifarah kepada dosa. Demam, kesakitannya seluruh badan, ditambah pula dengan fikiran menjadi kacau dan meracau. Biasa alami kan?

Saya menulis entri ini sebagai rasa syukur dapat merasai kembali nikmat sihat dan menjadi ceria seperti biasa.

Malam Convo

Seperti yang diceritakan dalam entri sebelum ni, aku mula batuk-batuk semasa malam konsert Amy Search tu. Batuk yang menjadi-jadi. Masa tu, belum rasa lagi nak demam. Kebetulan pula malam tu, ada berlaku perselisihan faham dengan seseorang. Entah macam mana boleh terasa dengan kata-kata dia. Selama ni, tak pernah terfikir akan marah dengan tindakan dia.

Malam tu, tidur dengan perasaan marah dan sakit hati. Rasa macam tak nak maafkan dia langsung! Setiap kali fikir pasal tindakan dia tu, hati sangat terasa. Memang sukar sangat nak tafsir kenapa boleh terasa sampai macam tu sekali.

Keesokannya, tubuh mula rasa lemah dan sedikit panas. Nasib baik hari minggu, jadi boleh tidur. Namun, keadaan menjadi semakin parah. Petang tu, rasa macam panas sangat tubuh. Tak mahu berpeluh langsung.

Hari Isnin, sepatutnya ada kuiz untuk subjek Reaction Engineering. Ingatkan mampu gagahkan diri untuk ke kelas. Tapi, masih tak mampu. Akhirnya, semua kelas pada hari itu diponteng terus.

Hari Selasa, tubuh rasa sedikit sihat dan terpaksa menggagahkan diri untuk ke lab. Nasib baik hanya eksperimen simulasi sahaja. Namun, sekali lagi tewas pada sebelah petang. Rasa macam menggigil pulak tubuh masa tu. Selera makan pun bercelaru…

Kesakitan berlarutan hingga keesokannya. Namun, masih pergi ke kelas, dua jam daripada enam jam kelas pada hari tersebut.

Prestasi terburuk sepanjang minggu

Hari Khamis, ada lagi lab. Masa tu dah ada krisis. Ada lab report yang perlu dihantar pada hari tersebut, namun aku tidak berjaya menyempurnakan bahagian aku, iaitu bahagian terpenting; Result and Calculation. Agak kesal juga kerana terpaksa menyusahkan satu-satunya saudari dalam group aku tu.

Jadi, keterlibatan aku dalam lab Process Safety pada hari itu agak minima. Sepatutnya ada viva (soal jawab berkenaan ekperimen dengan lab demo) untuk ekperimen minggu lepas. Namun, kerana terlewat menghabiskan eksperimen pada hari itu, kami tidak sempat mengadakan viva. Sebaik balik ke bilik, aku terus tidur.

Demam dah beransur pulih. Cuma masih batuk lagi. Satu lagi sakit muncul. Ada ulser. Bukan di mulut, tapi dalam tekak. Saiznya bukan main besar lagi, sekitar 0.5cm. Nak telan makanan pun sakit.

Hari Jumaat, sehari sebelum Ramadhan, aku mengajak seorang kawan baik untuk makan chicken chop bersama-sama. Dah mengidam sangat nak makan, walaupun tekak ada ulser. Makan dengan perlahan, sakit masa menelan. Memang perit sangat.

Sakit ulser ni, tambah-tambah dalam bulan puasa memang sangat memeritkan. Setiap kali minum air, rasa sakit sangat. Sampai nak menangis rasanya. Macam tu lah setiap kali berbuka dan bersahur. Namun, ulser itu beransur sembuh dan sudah boleh menelan seperti biasa.

Sihat dan ceria

Semalam, aku mula berasa semakin sihat. Ulser pun sudah semakin hilang. Mood pun dah kembali ceria. Rasa gembira dan seperti hidup semula. Seseorang itu juga telah meminta maaf pada malam pertama Ramadhan. Maaf diterima. Dan banyak lagi perkara yang mengembirakan berlaku.

Mood blogging pun dah datang balik. Hanya dengan sakit yang dilalui, baru aku belajar rasanya nikmat sihat dan kebolehan untuk menelan seperti biasa, sangatlah aku syukuri. Alhamdulillah, aku merasakan keadaan sudah kembali seperti biasa. Masa untuk kejar balik apa yang tertinggal dan ada test menanti!

beliamuda: entri personal macam ni paling senang nak ditulis panjang! [Kredit gambar 1]

Comments

24 responses to “Merasai kembali nikmat sihat, ceria seperti dulu”

  1. Meister Avatar
    Meister

    Tipu, chicken chop yang kite makan tu hangus kot, tak sesedap yang dalam gambar!!!!

    1. beliamuda Avatar

      @Meister, tu pasal.. tpi, terubat la sikit apa yang aku idam.. len kali makan lagi! belanja aku plok.. haha

  2. Wan Pai Avatar

    kdg2 kita bnr2 marah ngan ssorg,mgkin sbb emosi x stabil…

    skrg neh sng kot nk demam[ak slh sorg mgsa skrg],so kna jg ksihatan btul2..
    .-= Wan Pai´s last blog ..Pulangkan =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Wan Pai, mungkin juga…

      tu la, ramai je yang jatuh sakit skg neh.. Stopa, semoga mung cepat sembuh!

  3. zool Avatar

    Bila sakit memang camtu.. Nak makan pun tak sedap rasanya..
    Selakmat sihat
    .-= zool´s last blog ..Lawak Hang Tuah fail SPM =-.

    1. beliamuda Avatar

      @zool, terima kasih… (^_~)v

  4. jue Avatar

    alhamdulillah kembali sihat

    1. beliamuda Avatar

      @jue, terima kasih… (^_~)v

  5. teh Avatar

    tahniah
    da blh bergerak aktif la pasni
    kene jage kesihatan
    skrg musim banyak penyakit
    huhu
    batuk2 jgn minum air sejuk/ais
    .-= teh´s last blog ..cuba yang ini pulak =-.

    1. beliamuda Avatar

      @teh, setiap kali berbuka, memang minum air sejuk + ais.. huhu

  6. princess Avatar

    alhamdulillah. well, writing something personal is easier sbb mende tu dtg dr hati. hee~ 😀
    .-= princess´s last blog ..you’re not alone =-.

    1. beliamuda Avatar

      @princess, betul tu.. ringan je tangan menaip…

  7. nazra Avatar

    para sahabat nabi dulu kalau tak jatuh sakit, punya la susah hati. terbalik kan dengan kita..

    btw alhamdulillah dh betoi2 sembuh

    ^_^
    .-= nazra´s last blog ..Nak poligami? Belajar cara ini dahulu…… =-.

    1. beliamuda Avatar

      @nazra, terima kasih

  8. Saffa Avatar

    Sakit itu nikmat! Bila dah pulih tu lagi lah NIKMAT! =)
    .-= Saffa´s last blog ..10 Teknik Fotografi Yang Telah Saffa Pelajari =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Saffa, nice one! 🙂

  9. Nikuve Avatar

    Alhamdulillah, Tuhan dah bg nikmat sembuh dan normal kembali. Buat sujud syukur cepat! hehe 😛

    1. beliamuda Avatar

      @Nikuve, Terima kasih.. 🙂

    1. beliamuda Avatar

      @KNizam, kalau mmg betul cmtu mmg sedap ah.. sekali yg aku makan cam dah nak hangus.. telan je la..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge