Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012]

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/ 2011 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2009 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2009 hingga 10 Oktober 2009.

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :

  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

KELAYAKAN MEMOHON

  1. Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia atau pelajar bukan bumiputera warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2010.
  2. Borang permohonan dihantar sebelum atau pada 10 Oktober 2009.
  3. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2009.
    • Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
    • Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
    • Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :

1. Jurusan Sains (M001)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • 4B Matematik
  • 6C Salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

2.  Jurusan Perakaunan (M003)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • 7D Matematik Tambahan
  • 6C Dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

3. Aliran Teknikal (M007)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Lukisan Kejuruteraan
  • 4B Matematik
  • 6C Satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau 4B Teknologi Kejuruteraan

Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan (Cuba search “mata merit matrikulasi”). Sila baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasi untuk lebih memahaminya.

PERMOHONAN

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua cara permohonan iaitu :

  1. Permohonan Secara Manual (PSM)
  2. Permohonan Melalui Internet (PMI)

Pelajar dikehendaki menggunakan salah satu cara di atas kerana hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pelajar. Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja.

TARIKH TUTUP

  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Oktober 2009.
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

SEMAKAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2010 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2010 untuk mengetahui status permohonan.

SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2010. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

RAYUAN

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2010. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

PERTANYAAN

Sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 untuk maklumat lanjut.

beliamuda: kredit penuh diberikan kepada eputra.com

Untuk info terkini berkaitan Matrikulasi dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

276 responses to “Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010”

  1. liely Avatar
    liely

    salam
    apa aliran yang patut saya pilih jika saya ingin menjadi pegawai pendaftaran???

  2. etyrahmah Avatar
    etyrahmah

    salam..sye nk mhon matrik taon ney..sye amik aliran perakuaunan..
    sye amik sbjek add math dan prinsip akaun shje..sye x amik ekonomi asas..boleh ker sye mohon?

    1. beliamuda Avatar

      @etyrahmah, sesi tahun depan ke ni?

  3. ai_yuuki Avatar

    Smekom…tumpang lalu nk mnanya sat…knape sy xdpt matrik ek?pdhal maths sy A n add maths sy pn C..??? npe ek??

  4. izani Avatar
    izani

    nak tanya..saya nak apply matrik…tapi saya hanya ambik matematik tak ambik add math..buleh ke apply..atau semestinya kena ambik add math baru buleh apply..harap inform segera.

    1. beliamuda Avatar

      @izani, kalau tengok kelayakan tu, add math wajib ada.

  5. thiera Avatar
    thiera

    sonok tak s2dy kat sne?? n senang x balaja kat sane?hehe

    1. Pisyek Avatar

      @thiera, ikut pengalaman, matrik kpm lagi best daripada buat foundation kat mana-mana U. 😀

  6. aien Avatar
    aien

    cmner nak isi borang matrik ye? emergency nie ..

    1. beliamuda Avatar

      @aien, isi melalui laman portal yang disediakan.

  7. […] Penjelasan penuh mengenai Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011 This entry was posted in Pendidikan and tagged keputusan matrik 2010, matrik, matrik 2010, […]

  8. crazzzy Avatar
    crazzzy

    start dari tahun 2011,matrix ada 3 pilihan dalam aliran sains. 1st subject physics dan sains comp, 2nd bio dan sains comp and the 3rd is bio, physic dan it.

  9. rezeki Avatar
    rezeki

    salam , saya nak tanya . saya ni budak spm 2010 dah telah mendapat keputusan semalam , malang nya kimia saya dapat D , mengikut syarat syarat yang telah saya baca , syarat minimum untuk masuk ke matrikulasi adalah dgn memperoleh kimia C . adakah permohonan saya tidak layak . berdasarkan rakan abang saya yang telah diterima melanjutkan pelajaran ke matrikulasi dengan tidak memenuhi syarat iaitu memperoleh add math D sedangkan yang syarat menjelakan sekurang-kurangnya C , but dia lelaki saya perempuan . adakah saya patut tunggu dan buat rayuan . saya nak tau adakah saya ada peluang atau tidak . boleh tak share pendapat korang ? – please please jawab soalan saya-

    1. spm Avatar
      spm

      @rezeki, a’aa, sy pun dapat D untuk kimia dan bio dan add maths. tapi physics dapat C+. yang lain semua A. saya ada kawan dahulu result spm dia lagi teruk. semua sains dia dapat D dan E. tapi mungkin kerana nasib dia tahun tu, dia dapat ambil asasi sains di matrikulasi. dia dapat program satu tahun. memang bertuah lah dia. so, saya rasa, keputusan awak tu, boleh kot. cuma, perbanyakkan doa lah.

    2. beliamuda Avatar

      @rezeki, bercakap tentang peluang, mungkin sangat tipis. berdoalah dan berharap agar permohonan anda diterima.

  10. winda Avatar
    winda

    salam ni nk tnya.rasa2nya sya dpt x masuk matrikulasi.add math sya dpt c+.math sya dpt a.bio c,fizik d n kimia e

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge