Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012]

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/ 2011 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2009 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2009 hingga 10 Oktober 2009.

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :

  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

KELAYAKAN MEMOHON

  1. Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia atau pelajar bukan bumiputera warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2010.
  2. Borang permohonan dihantar sebelum atau pada 10 Oktober 2009.
  3. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2009.
    • Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
    • Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
    • Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :

1. Jurusan Sains (M001)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • 4B Matematik
  • 6C Salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

2.  Jurusan Perakaunan (M003)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • 7D Matematik Tambahan
  • 6C Dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

3. Aliran Teknikal (M007)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Lukisan Kejuruteraan
  • 4B Matematik
  • 6C Satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau 4B Teknologi Kejuruteraan

Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan (Cuba search “mata merit matrikulasi”). Sila baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasi untuk lebih memahaminya.

PERMOHONAN

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua cara permohonan iaitu :

  1. Permohonan Secara Manual (PSM)
  2. Permohonan Melalui Internet (PMI)

Pelajar dikehendaki menggunakan salah satu cara di atas kerana hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pelajar. Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja.

TARIKH TUTUP

  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Oktober 2009.
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

SEMAKAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2010 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2010 untuk mengetahui status permohonan.

SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2010. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

RAYUAN

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2010. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

PERTANYAAN

Sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 untuk maklumat lanjut.

beliamuda: kredit penuh diberikan kepada eputra.com

Untuk info terkini berkaitan Matrikulasi dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

276 responses to “Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010”

  1. adek Avatar
    adek

    subjek apa yg akan dibelajar di matrik teknikal?

  2. Emil Avatar
    Emil

    ape yg perlu sy bwa tok matrikulasi?

  3. izwan Avatar
    izwan

    nak tanyer..
    1)kat bawah surat tawaran matrik tu ada tercatat terima tawaran atau tolak tawaran..kalo saya terima dan hantar,adakah permohonan upu saya tidak akan diproses??
    2)jika saya tidak membuat akuan terima tawaran ni,adakah saya masih layak mendaftar 10 hb mei ni??
    tolong saya!!

  4. nabila Avatar

    salam..
    nk tnye,cmne nk tau kte dpt sc fizikal or hayat,,???
    nk kne dftr dlu la ek..???

    1. beliamuda Avatar

      @nabila, yup

  5. lydiana Avatar
    lydiana

    saya nak tanya apa perbezaan antara program matrikulasi satu tahun dan dua tahun? adakah hanya org yg tak kena rayuan mungkin akan ditawarka ke program matrikulasi dua tahun? dan kalau kena rayuan, akan ditawarkan satu tahun atau dua tahun?

    1. kent Avatar
      kent

      @lydiana, no fon

  6. alex Avatar
    alex

    itu aliran sains mesti pilih fizik biologi salah satu ke? tak boleh ambil dua-dua? matrik subjek diajar dgn english atau bm?

    1. beliamuda Avatar

      @alex, salah satu je dan blaja dalam english.

  7. jum"s Avatar

    salam, matrix x ambil maht tambah leh masuk ke?

  8. yati Avatar

    boleh sy tau bl kptsan yg rayuan akn dbuka????

    1. iQwaN Avatar
      iQwaN

      @yati, 24 Mei 2010

  9. aZ Avatar
    aZ

    salam ehh nk tnya pendapat korang matrix @ spa @ upu? which one better?

  10. ac Avatar
    ac

    mcmne nak bt ryuan????kna buka website ape tuk buat rayuan???????

    1. beliamuda Avatar

      @ac, bukan ke lepas semak keputusan tu ada terus untuk rayuan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge