Bank Negara Malaysia Siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd

Salam sejahtera buat semua.

Ref No: 07/09/08

Embargo: Untuk Siaran Segera

Bank Negara Malaysia Siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan Syarikat-syarikat Yang Berkaitan Dengannya

Bank Negara Malaysia telah memulakan siasatan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA). Seksyen 25(1) BAFIA 1989 melarang mana-mana individu untuk memperoleh, mengambil atau menerima deposit tanpa lesen yang sah, sementara Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 menghalang mana-mana individu daripada terlibat dalam, atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Serbuan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya telah dibuat di premis syarikat di Kuala Lumpur berikutan maklumat yang diterima daripada orang ramai. Aset dan dokumen syarikat yang berkaitan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan skim pengambilan deposit dan skim pelaburan yang ditawarkan melalui pelbagai saluran seperti Internet, panggilan telefon, atau seminar anjuran individu atau syarikat yang tidak diberikan lesen atau diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Orang ramai boleh merujuk kepada senarai institusi berlesen yang dibenarkan untuk mengambil deposit di laman sesawang Bank Negara Malaysia ( www.bnm.gov.my ).

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di pusat perhubungan berikut:

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
Tel: 1 -300-88-5465
Faks: 03-21741515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Blok D, Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato’ Onn,
50480, Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin – Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang)

Bank Negara Malaysia
23 Julai 2009

Sumber: Bank Negara Malaysia

beliamuda: kena siasat tidak semestinya bersalah, tapi takkan pokok bergoyang kalau takde angin. Apa komen orang Ceramic?

43 thoughts on “Bank Negara Malaysia Siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd

  1. rasanya memang ada yg tak kena dengan ceramicclub ni. tapi kalau orang2 bawah ni menag tak tahu apa-apa duk main sokong melulu je. kalau tak, takkan lah sebaik sahaja kecoh BNM serbu seramic, terus jer zulhilmi dan konco2nya removed semua content di web http://www.jutawanceramic.com/

    buluhmas dulu pun ramai yg yg sokong macam ni. kata orang dengkila apa la. pastu melopong la duit dah lesap. orang-orang atas dah kaya sebab diorang dah lama tahu pasal ni dan diorang dah sempat keluarkan asset masing-masing.

    kesian makcik-makcik, orang2 kampung yg susah yg join sebab kena tipu konon boleh gi umrah free, dapat bonus banyak dan sebagainya. ada yg buat loan bank sampai puluh2 ribu untuk join skim cepat kaya yang ini mesti terduduk nak tanggung hutang.

    Kisah ceramicclub nih dulu pun dah dibongkar. sebab aku teringat kat artikel http://www.wangcyber.com/forum/sembang-umum/11436-awas-topeng-baru-skim-cepat-kaya-bhg-1-a.html

    • cuba jangan cakap benda yang kita x tau hujung pangkalnyer..nak wat andaian itu ini..ko dah tanyer ker pakcik makcik yang join ceramic 2..? apa dia cakap kat ko. aku rasakan kalau ko tanya kat dia orang 2 pasti dia orang akan kat ceramic mantap nak,, ceramic mmang bagus nak..makcik/pakcik x pernah dapat keistimewaan macam ni..dapat untung meniaga..belanja barang dapur makcik percuma..khairat kematian ada.dapat buat jariah..macammacam ada..pendek kata ceramic ni memang best la..apa? ank x join ceramic lagi ke? apasal la bodohnyer anak ni wat andaian yang anak tau ni..

  2. harap2 bersabarlah ye usahawan2 ceramic… kalau bank negara kata salah, then memang salahla… kan kita duduk kat malaysia… kena ikutler undang2 dia…

    • macam ni la sepatutnya.. kalau betul salah, reda je la.. kalau tak bersalah, boleh la teruskan bisnes dengan lebih aman dan dasat lagi.. hehe..

  3. Mmmm… ntah la, aku dari dulu tak minat pun. nama bisnes, tapi aku masih tak paham camner ceramic ni jana keuntungan. Halal ker???

    • aku sendiri pun tak paham sebab aku tak join.. tapi aku dah lama dengar pasal ceramic ni.. sejak awal2 zaman penubuhannya lagi.. tapi aku tetap tak tergerak nak join…

      yang bab halal ke tak, aku tak boleh nak komen.. bukan bidang aku nak bincang pasal hal tu..

  4. aku pun terkejut gak dengar berita ni.syarikat x pegang duit ahli. kalau nak tarik diri, modal dapat balik. x pyhlah buat pembelian.hanya ahli ceramic je yg faham konsep dia. betul tak geng ceramic.

  5. Kenapa bila nak masuk ke http://www.jutawanceramic.com skg kena key-in ID & PASSWORD yekk??

    Saya baru jek joined ahli bln Mei lepas, itupun lepas dah confident habis ceramic nie legal business lepas buat sikit research dalaman dan luaran (visit e-mart, tengok ACM HQ, join forum dan byk lagi) tup-tup kena serbu BNM…..apala malang nasib diriku….baru rasa 2 X cek clear..ev pun byk..baru je plan nak redeem voucher nak shopping raya….hisk,hisk, hisk

    apa2pun, harap2 cepat2lah kes siastan nie selesai..boleh dapat balik $$$$, TAPI….katalah ACM didapati bersalah….boleh dapat balik ke semua $$$$ pelabur???? @pun bye-bye????

    • @mafabd, tentang web tu, saya tak boleh nak tolong.. itu berada di luar pengetahuan saya.. apa2 pun, kita tunggu dulu pengesahan dan berita terkini..

  6. pada pendapat beta, ACM ni sangat bagus.CEO dia amat bijak atur kerja amal dia… (topeng yg amat mujarab). Saya memang ada join 12 bulan lamanya. Bulan pertama, ada saya tengo HQ dia di Ampang. Bila balik sabah, terus atur strategi, 70K telah saya guna untuk beli produk DIA, pakej besar. Saya sedar ia tak tahan lama. Bila dah clear cek yg 3 tu, saya pasang pkg kecil dan tambahkan rangkaian.. memang lumayan.., saya telah set kan, dapat saja bonus ” mesti clear” cepat… ACM tidak ada masalah bagi cek, dia memang cepat bagi… dan boleh clear… tetapi pada 23hb.7.2009 cek terakhir saya bernilai 10,000. tak sempat di tunai,,, Publik Bank tak dapat tunai… Bank Negara telah bekukan akaun ACM kata manager dia…

    kesimpulan saya: CEO dia memang bijak atur strategi kalau “memang” dia ada niat menipu ahli2nya…

    dan yang saya amat puji ialah ” sistem dia yang orang bilang mesra pengguna”, lojik, dan pekerja2 dia juga memang mesra, kita telepon mereka sambut, kita datang HQ pon ok…

    secara jujur, saya tak sayang dengan duit saya yg terbeku disana melebihi 100k… biarlah, saya anggap itu sebagai derma ikhlas saya kepada BNM… lagi pon saya join CBC cuma main2 ja, nak test dia punya sistem…

    gertakan BNM, adalah satu ujian sebenar CEO cbc dan CEO dia, saya fikir CEO dia tu tambah botak lah dia.. saya pernah jumpa CEO dia tu… dan saya tengo jujur orang nya dan ikhlas membantu orang pedalaman… lagipun buat apa juga dia duit banyak2… saya ni ada 30 juta pon tak apa yg nak di buat.. semua dah ada.. beli ni dunia pun buat apa… mati juga..

  7. BNM nak siasat ceramic xpe… tapi knp x pulangkan sume barang2 kes??? itu bukan hak BNM… tapi hak semua ahli ceramic yang ikhlas join biz yang ikhlas…

  8. Saya bersyukur kerana di temukan dengan sykt Asia Ceramic, walaupun sekarang berdepan dgn siasan BNM tetapi ACM/CBC tidak gentar dan tidak lepas tangan terhadap modal2 ahlinya. Saya baru 2 bulan join tetapi dengan sedikit usaha saya telah mendapat income RM700 seminggu. Bayangkan dalam kegawatan ekonomi yang teruk, hampir semua jenis perniagaan terjejas. Yang modal ciput macam saya berhadapan dengan bil api air tertunggak, sewa kedai tk terbayar, kereta selalu kena call dgan bank, gaji pekerja pun terpaksa bayar 3x dalam sebulan (ansuran). Tetapi sejak buat bisnes ceramic, dpatla bantu langsainkan overhead yg terbantut, baru nak masuk gear 5 dah kena mcm ni. Apa yg mengharukan saya sebab hadir sendiri ke HQ pada malam syarikat menerima anugarah di berjaya time square pada 26/7/2009, saya dapat lihat betapa sayangnya ahli pada syarikat sebab selama mereka (orang yang lama join) buat bisnes ceramic kehidupan mereka dan berubah daripada ‘nobody’ kepada ‘somebody’ sekarang. Sayangnya ahli pada syarikat boleh di lihat apabila mereka datang dari segenap pelusuk daerah bukan untuk hentam syarikat, bukan untuk tuntut balik modal mereka yg kena beku tetapi datang untuk memberi sokongan pada kepada syarikat. Malah ada yang menangis takut hilang sumber pendapatan jika CBC di tutup. Mereka terlalu sayangkan CBC, selama mereka join, CBC tidak pernah menipu, semua pembayaran telus dan tepat sepertimana yang di janjikan. Saya yang baru 2 bulan join pun rasa sayang apatah lagi mereka yang dah 2 tahun bersama CBC. Pada mereka yang tidak tahu konsep perniagaan CBC janganlah cepat menuduh. Study dulu konsep CBC, dan cuba tanya mana2 ahli CBC yang aktif ke yang pasif ada tak wang mereka di tipu oleh CBC, kalau ada pun mungkin angkara upline yang tidak jujur, biasalah, mana2 syarikat pun pasti ada orang yang tidak jujur.

  9. play safe, play safe..

    pada aku banyak join mcm2 biz t’masuk ceramic..
    pendapatan aku drp pelbagai sumber t’masuk dr ceramic…
    dkat ceramic cket aku masuk, dkat sn cket n cini cket…
    n lama2 jadilah bukit…

    anyway, aku sokong ceramic, aku sokong biz…

    aku xsuka org -ve ngn biz n hasad dengki..

    ceramic terus.. mantap..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge