beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Hari Ini Dalam Gerhana

Diposkan oleh beliamuda yang telah menulis 571 entri

Salam sejahtera untuk semua.

Hari ini dunia mencatatkan sejarah tersendiri apabila gerhana matahari penuh paling lama dalam abad ke 21 telah berlaku. Sementara kita yang berada di Malaysia hanya berkesempatan untuk melihat gerhana matahari separuh sahaja. Tapi, aku tak nampak apa-apa gerhana pun. Mungkin sebab daya penghilatan jadi lemah sebab gerhana kot (ok, yang ni mengarut..).

Di sini saya kongsikan gambar-gambar gerhana yang direkodkan di negara-negara yang mengalami gerhana penuh.

india0733

India 07:33

yinchuan0848

Yinchuan, China 08:48

chongqing 0916

Chongqing, China 09:16

Untuk gambar selebihnya, anda boleh lihat di sini dan sini ataupun cari sahaja di Google.

Selain itu, terdapat juga beberapa video gerhana matahari yang telah direkodkan.

UiTM Seri Iskandar ditutup

Ini merupakan satu berita yang mengejutkan aku, terutamanya kerana UiTM ni boleh dianggap sebagai jiran sebelah (walaupun jauh gak la). UiTM Seri Iskandar pada awalnya telah melaporkan 55 jangkitan influenza-like-illness (ILI). Pada awalnya, tiada sebarang masalah dan dikatakan keadaan adalah stabil.

Sebentar tadi, bilangan jangkitan yang direkodkan telah meningkat kepada 280 orang. Oleh kerana berlaku peningkatan mendadak ini, UiTM SI telah diarahkan tutup walaupun ia bukanlah disahkan sebagai H1N1.

Ada juga terasa aura penyakit ni sebab baru-baru ini ada beberapa orang pelajar UTP yang diarahkan untuk menjalankan self-isolation. Ada antara mereka yang telah sembuh dan dibebaskan daripada self-isolation. Diharap, masalah ini tidak melarat ke tahap penutupan institusi ini.

Berita lanjut tentang penutupan UiTM SI boleh disemak di Utusan Malaysia Online.

beliamuda: bukannya best kena tutup ni… rumah gua bukannya dekat…

22

July
2009
Masa: 22:16

14 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. waah smart la pic yg kedua tu..erm semua ini kuasa ALLaH
    broSKL´s last blog ..blogging secara tidak normal My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    subhanallah.. semua ini kekuasaan ALLAH.. rasanya sepanjang hidup ni pernah tengok gerhana matahari cincin jek..

    [Reply]

  2. Cantiknya gambar2 gerhana tu. Itulah kebesaran Allah!
    Precious´s last blog ..070809 My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    ini sebahagian saja yang saya ambil.. ada lagi gambar-gambar lain yang berada di luar sana.. :-) ..

    [Reply]

  3. aku nak sangat tengok live
    loq´s last blog ..Pasukan Bomba Jasin Memang Hampeh! My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    kalau ko nak, aku pun nak jugak.. tapi, bila peluang tu nak datang ya?

    [Reply]

  4. Picture kedua tu cantik giler. Mula2 tengok tak perasan…ingatkan bulan. Tapi biler perhati bet0l2 rupa2 cam bulan menara masjid jer.. :D
    Izo´s last blog ..Gerhana Matahari… My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    rasanya gambar gerhana tu dia overlap ngan bulan menara masjid…

    [Reply]

  5. mmg lawa gmbar 2nd tu..
    hazwan´s last blog ..Munajat Cinta My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    nampaknya aku tidak silap untuk berkongsi gambar itu di sini…

    [Reply]

  6. subhanallah..

    sygnya tak dpt nk tngok dgn mata sndiri T_T

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    kalau gerhana matahari ni, memang susah sikit nak muncul kat satu-satu tempat. tambahan pula ia tidak sekerap gerhana bulan.. kalau dapat gerhana separa pun boleh tahan.. cuma rasa “thrill” masa bergelap time gerhana penuh tu tak de la kot…

    [Reply]

  7. cnatik2 gambar kat ats tu..kuasa tuhan melebihi segalanya.

    syg x dpt tgk.

    [Reply]

  8. shantikknyee…subhanallah

    [Reply]



Komen anda

CommentLuv diaktifkan