Bank Negara Malaysia Siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd

Salam sejahtera buat semua.

Ref No: 07/09/08

Embargo: Untuk Siaran Segera

Bank Negara Malaysia Siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan Syarikat-syarikat Yang Berkaitan Dengannya

Bank Negara Malaysia telah memulakan siasatan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA). Seksyen 25(1) BAFIA 1989 melarang mana-mana individu untuk memperoleh, mengambil atau menerima deposit tanpa lesen yang sah, sementara Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 menghalang mana-mana individu daripada terlibat dalam, atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Serbuan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya telah dibuat di premis syarikat di Kuala Lumpur berikutan maklumat yang diterima daripada orang ramai. Aset dan dokumen syarikat yang berkaitan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan skim pengambilan deposit dan skim pelaburan yang ditawarkan melalui pelbagai saluran seperti Internet, panggilan telefon, atau seminar anjuran individu atau syarikat yang tidak diberikan lesen atau diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Orang ramai boleh merujuk kepada senarai institusi berlesen yang dibenarkan untuk mengambil deposit di laman sesawang Bank Negara Malaysia ( www.bnm.gov.my ).

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di pusat perhubungan berikut:

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
Tel: 1 -300-88-5465
Faks: 03-21741515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Blok D, Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato’ Onn,
50480, Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin – Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang)

Bank Negara Malaysia
23 Julai 2009

Sumber: Bank Negara Malaysia

beliamuda: kena siasat tidak semestinya bersalah, tapi takkan pokok bergoyang kalau takde angin. Apa komen orang Ceramic?

43 thoughts on “Bank Negara Malaysia Siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd

  1. ni sume sebab ada org yg dengki dgn distributor2 ceramic yg da maju. harap2 die kene balasan yg setimpal sebab lebih 40000 distributor ceramic xkn meredhai tindakan golongan penghasad dengki tersebut

    • hmm.. tidak dinafikan ada golongan yang dengki.. mungkin juga sebab ada salah faham di peringkat agen..
      jadi, kita tunggu keputusan daripada BNM dulu la…

  2. hurm… kami x salahkan BNM, derang hanya buat kerja derang, dpt report so terus siasat. kami salahkan org yg buat report tu. lagi sakit hati ialah org yg repot tu bkn di kalangan member CBC (ceramib business club). mmg x wajar. ni bukan skim cepat kaya atau skim pelaburan. kami buat bisnes. kami beli, kami jual, dan kami ada produk. ak xkn join kalu ak x yakin ngn bisnes ni dan xkan la ak sanggup kuar modal bsar kalu ak was2 ngn bisnes ni. hasil tindakan si polan yg dengki tu akan menyebabkan lebih 40000 distributor akan kehilangan sumber pendapatan kedua (walaupun ada dikalangan mereka yg jadikan ceramic sbg sumber utama pendapatan). ada org yg siap buat loan bank nk join ceramic ni. kalu kes ni jd, ak x dpt byk ape jd kt die. mcm2 nk bayar. hutang sana sini. ni la punca byk org sanggup pinjam kt along. bisnes yg ada lesen kene serbu memanjang. along yg xde lesen makin bertambah.wtf!

    • aku pun harap tak ada apa2.. sebab dah ramai sangat masuk..
      tapi, kalau ada apa2 masalah dan kesalahan tu, biarlah ianya selesai dengan baik…

  3. pakjo dah join ceramic 8 bulan, x de apa-apa yng buruk, cbc memang amat baik dan satu-satunya yg terbaik. Sapelah yang nakal buat repot tu.. memang dengki orng ni. pakjo tak maafkan dunia akhirat.

  4. Ramai ahli ceramic yang telah menjadi ahli sejak lebih setahun yang lepas memjalankan perniagaan ceramic sepenuh masa. Mereka menjalankan perniagaan ini dengan cukup profesional dan telah membantu ramai ahli baru menambahkan pendapatan mereka dalam keadaan ekonomi yang gawat sekarang. Setahu saya, tiada ahli yang kerugian wang sejak memulakan perniagaan ceramic. Yang ada cuma untung. Saya harap BNM cepat menjalankan tugas mereka dan membebaskan ceramic dari segala tuduhan yang dibuat dan membenarkan ahli ceramic menjalankan perniagaan agar tidak menjejaskan pendapatan mereka.

  5. aku paling meluat dgn manusia yang hasad lagi dengki…selagi manusia macam ni ada kat dunia selagi tu
    lah orang yang nak maju x leh berjaya…apa dia ingat orang yang join seramic ni dapat duit dari pinjam
    kat mak bapak depa ka..jgn la busuk hati sangat. orang yang x leh tengok orang lain senang dan berjaya
    tu IQ dia sangat rendah dan dia lah selemah2 manusia kerana x mampu bersaing. ingat sikit beb..yang aku
    tahu orang dalam ceramic ni bnyak buat jariah dan saling membantu..aku harap bnm dapat melaksanakan keputusan yang bijak dan adil..> 40000 members ceramic mengharap ceramic akan mendapat kebebasan menjalankan perniagaannya
    dan terus beramal jariah membantu yang susah..kepada yang dengki dgn orang ceramic tu ubati hati busuk ko orang
    tu.. jgn pentingkan diri sendiri beb…zesssssst

    • biasa la kan orang kita ni kalau nampak jer orang lain tu senang sikit mula lah ada yang sakit hati.macamana bangsa kita nak maju klau tabiat macam 2 x dibuang. lagi satu nikan orang yang pandai cakap benda yang dia x tau memang banyak. x sudah sudah nak buat andaian itu ini.wat provok sana sini..aku nak btau ni beza dgn pelaburan.
      ..letak duit makan dividen tiap tahun ker, tiap setengah tahun ke , suku tahun ke ..x yah meniaga tp orang lain yang meniagakan untuk kita.. tapi kat ceramic x macam 2..beza memang berbeza. tu yang mantap 2..bila dah mantap bnyak la yang dengki

  6. mantap beb….. ceramic sepanjang penglibatan aku memang best dan ada planing yang teramat jauh,,,tu yg aku suke ceo n the geng dia tu…mantap beb,,,, ceramic best

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge