Salam sejahtera untuk semua.
Terbaru – Biasiswa JPA Dalam Negara Sesi 2010/2011
Permohonan telah dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda untuk sesi 2009/2010 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
IPTA / IPTS TAJAAN BIASISWA JPA PIDN
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditaja adalah seperti berikut:
- Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
- Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ditaja adalah seperti berikut:
- Universiti Multimedia (MMU)
- Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
A. Syarat Asas
- Warganegara Malaysia;
- Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2009; dan
- Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (bagi kemasukan November/Disember Sesi 2008/2009 atau Semester Satu Sesi 2009/2010) dari mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan atau sedang mengikuti pengajian di tahun2 dan ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di atas.
B. Syarat Kelayakan Akademik
1. Pelajar Baru di Tahun Pertama Semester Satu Sesi 2009/2010;
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Gred 2A dalam 7 matapelajaran
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Prinsipal B dalam 4 matapelajaran
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (di samping mempunyai SPM) – 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan
- Sijil Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan IPTA – CGPA 3.40
- Sijil Pra-Universiti/Foundation/Alpha/ Diploma – CGPA 3.50
2. Pelajar di Tahun Pertama Semester November/Disember Sesi 2008/2009
- Keputusan Peperiksaan Semester November/Disember Sesi 2008/2009 – GPA 3.50
3. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas Semester Satu Sesi 2009/2010
- Bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Perubatan Veterinar – Lulus
- Bidang-bidang lain – CGPA 3.50
Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan, pergigian, farmasi dan perubatan veterinar di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat kelayakan akademik di atas.
BIDANG TAJAAN
- Perubatan
– Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perubatan Veterinar - Sains Tulen
– Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Sains Hayat - Sains Gunaan
– Pertanian, Perhutanan, Bioteknologi/ Sains Makanan, Perikanan/ Sains Samudera, Alam Sekitar, Teknologi Maklumat - Teknologi
– Kejuruteraan, Teknologi Industri, Seni Bina, Ukur Bahan/Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah - Sastera
– Sastera Dan Sains Sosial, Pengajian Islam/ Syariah/ Usuluddin, Kemanusiaan/ Kemasyarakatan, Komunikasi, Bahasa, Sains Pembangunan, Ilmu Teras - Sastera Ikhtisas
– Ekonomi/Perniagaan Tani, Pengurusan Perniagaan/Pentadbiran Awam, Perakaunan, Undang-undang, Pengajian Kuantitatif, Pengurusan, Sains Perpustakaan dan Maklumat
KADAR BIASISWA
Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.
Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma adalah elaun sara hidup RM 7,560/ RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian IPTA RM 966/ UiTM RM 400.
Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/ RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian RM 1,020 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari.
TEMPOH KONTRAK
Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;
- Perubatan / Pergigian – 10 tahun
- Farmasi / Perubatan Veterinar – 6 tahun
- Kejuruteraan / Teknologi – 6 tahun
- Perakaunan / Undang-undang – 6 tahun
- Pengurusan / Sastera – 4 tahun
- Biologi / Kimia / Matematik – 4 tahun
Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;
- Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
- Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.
Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.
CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
- Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
- Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi.
- Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
- Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation.
- Pelajar/pegawai yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (on-line) sahaja percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:
- Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh iklan dikeluarkan dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my atau terus saja ke Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2009 (PIDN);
- Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
- Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
- Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009”;
- Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009” sebagai bukti permohonan telah dibuat.
TARIKH TUTUP
Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Julai 2009 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
PERTANYAAN
- Maklumat yang lebih lengkap boleh diperolehi di Syarat-syarat Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2009 dan Soalan Lazim (FAQ) Bagi Borang Permohonan Online PIDN 2009.
- Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3541, 03-8885 3552, 03-8885 3554 dan 03-8885 3653. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin– Jumaat); dan
- Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat esila@jpa.gov.my.
beliamuda: sila buka dengan Internet Explorer untuk mendaftar di laman ini.. paham2 je la kenapa ya..
Untuk info terkini berkaitan Tawaran Biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:
beliamuda, biasiswa jpa sekarang masih menaja student ke luar negara tak? ataupun hanya utk di dlm negara?
@ernie, tak de dengar pulak dia nak mansuh. Biasiswa keluar negara biasanya bulan Feb baru mula.
@beliamuda, okay thanks. kalau untuk permohonan, pemohon perlu beli apa2 tak? nombor pin ke ape kee..
@ernie, untuk IPTA ada beli num pin kan?
@beliamuda, kalau nk apply guna result trial tu possible lagi tak? mksud saya untuk mana2 biasiswa. dan saya pun nk tahu, permohonan untuk biasiswa petronas dan mara akan dibuka bila? Thanks.
@ernie, petronas dah lama tutup untuk permohonan result trial. MARA hanya buka kepada pelajar MRSM sahaja untuk result trial.
jadi, tunggu untuk tawaran yang menggunakan result sebenar.
tawaran MARA dan Petronas yang seterusnya akan dibuka semula dalam masa terdekat.
Saya lepasan spm 2009. Keputusan trial 8A1 dan 2a2. Saya dah apply kemasukan ke upu dan matrikulasi. Tetapi saya bercadang nak masuk asasi. bagaimana cara untuk apply? saya tanya kawan saya dari mrsm, dia kata dalam borang upu ada program asasi tapi masa saya isi saya tak jumpa pun. saya main tick semua program je. Adakah borang upu pelajar mrsm berbeza dgn pljr sk harian? Bagaimana saya ingin mohon kemasukan ke asasi sekarang nie. Saya x berkesempatan nk tanya kaunselor sbb dah x sk lg. Masih buka ke tawaran asasi tu? Perlu tunggu result sebenar keluar baru boleh mohon ke? belia muda boleh tolong jawab? terima kasih ye…
@ruby, borang UPU sama sahaja untuk semua. takde perbezaan.
*rasanya kemasukan ke asasi turut menggunakan borang sama. tapi saya kurang pasti.
salam, sy lepasan spm 2009,
beliamuda,
bleh tolong bg sikit sbanyak link2 untuk permohonan biasiswa?
sbolehnya nak dlm bidang kejuruteraan,
dan nk apply tu mmg kena lepas result keluar?
sbb kalo bleh xnak trlepas peluang mane2.
tq.
@ijat, buat masa ni, masih belum ada tawaran yang besar di buka. bakal ada dalam masa terdekat. tawaran2 kecil ada, tapi sedikit sukar la memohon.
tawaran mungkin dibuka awal sedikit sebelum result.
slm..
sy bekas pelajar spm 2009…
sy bcadang ingin melanjutkan plajaran dlm bidang farmasi di luar negara
pihak penaja manakah yang menawarkan tajaan biasiswa farmasi ke luar negara??
dan masih bolehkah sy apply mggunakan result trial sy??
utk pengetahun, result trial sy 7a1 dan 2a2
@aireen, permohonan menggukanan result trial sudah tiada buat masa ni. boleh tunggu tawaran yang akan menggunakan result sebenar. JPA rasanya ada menawarkan untuk farmasi luar negara.
@beliamuda, thx 4 da info…
n sy ad satu lg soklan…
sy ni stil confuse ngan pathway cmner nk jd pharmacist..
lps kuar result nti, sy kena buat a-level dl ke cmner??
bleh x buat je trus course pharmacy kat u??
sy btul2 xtau hala tuju lps kuar result nti memandangkan sy pn br btul2 nekad nk jd pharmacist..
hope dat u cn help.. tq
@aireen, setakat yang saya tahu, ada beberapa cara, salah satu adalah bermula dengan matrikulasi dalam bidang sains hayat (bio). ataupun mungkin juga mengambil diploma sains, kemudian ke farmasi. A-Level saya tak pasti. tapi mungkin ada.
@beliamuda,
kiranya 2 cara adalah yg plg cpt ker utk amik farmasi??
lau bleh sy nk cpt2 grad…
@aireen, kalau takde direct ke farmasi (diploma), better amik matrik. matrik setahun je. lepas tu boleh terus amik ijazah untuk farmasi.
nasib baik ada jpa..kalau tak..tak tau nak survive kat u..pointer matrik aku yang selamatkan aku..kalau nak apply ikut pointer kat u ni..jgn harap nak dapat…huhu
.-= aizuddin´s last blog ..(Face Your Manga) Buat Avatar Anda Dengan Percuma! =-.
salam. .
saya nak tanya.berkenaan dengan pelajar politeknik boleh tak memohon biasiswa ni?
saya teringin nak memohon. masa lepasan spm saya minta tak dapat.
tp saya masih nak mohon lagi biasiswa ni.bole ke saya pkai keputusan final tok sem1 saya yang baru lepas.
tq.
@ayiz, ada biasiswa untuk politeknik. boleh rujuk entri saya yang lalu.
@beliamuda, permohonan biasiswa JPA untuk luar negara akan dibuka dalam bulan February ni ke? kalau nak fill in form nak buat kat mane ek? boleh bagi laman web rasmi JPA tak? hari tu ade gak pergi JPA punye website. tapi tak reti mane nak cari info pasal biasiswa. Kalau beliamuda boleh tolong, Thanks a lot 🙂
@ernie, masih belum buka lagi setakat yang saya semak pagi tadi. kalau nak cari info pasal biasiswa, boleh join doctorjob.
@beliamuda, permohonan biasiswa jpa untuk luar negara dh dibuka ke? saya tak berapa tahau mcm mana nak cek kat website rasmi jpa.
@ernie, untuk biasiswa, masih belum dibuka.
sya msh xtahu hala tuju sy pas spm ni n skrg ni tga tggu result spm kuar.cita2 nk jd pilot tudm atw bidang perubatan n jd doktor tentera.bekenaan pmohonan sy dah apply upu n matrik.so pe pndapat anda n le x bgtau flow tk sy isi mane2 pmhonan yg sesuai dgn cita n rsult nt.sy jgk nk tahu pe borang yg msh dibuka tk sy isi dn yg bakal dibuka.sy xmahu terlepas ape2 peluang n hope sgt dpt msuk u dlm n luar ngra serta biasiswa.
@vyletshyraz, mengikut minat tu, adalah sesuai jika memohon kemasukan ke UPNM – Universiti Pertahanan Nasional. Tapi saya kurang arif bagaimana flow mendaftar ke situ. Biasanya, akan ada iklan keluar dalam akhbar.
salam..
sye odw tggu result n lyke d other person,sye un ta sure nan flow study pasni..
i am interested into sumtin lyke phsyciatrist..
tp btol2 ta phm,na amek course p,mcm tade j course 2 ow dia under kursus phsychology?
n ad kew biasiswa yg tje course ni..
n lg 1 option,ad kew biasiswa yg tje course prgigian..
n slalunye,scholarship ni bkak prmohonannye ble?
tanx 4 d attention!! =]
@adila, first of all, phsyciatrist ni adalah satu cabang kepakaran dalam doktor. Jadi, sebelum tu, perlulah jadi seorang doktor terlebih dahulu.
awak boleh rujuk entri saya posting di HUSM untuk cari mengenai level seorang doktor (HUSM posting).
untuk luar negara, dentist terletak di bawah bidang kritikal. jadi, ianya ditaja. boleh rujuk di sini >> http://beliamuda.com/2010/02/permohonan-skim-pinjaman-yuran-pengajian-ijazah-pertama-luar-negara-sesi-2010/
scholarship ada dua kali dibuka (JPA). Luar negara telah dibuka sekarang.
@beliamuda, okay,sye da bkak da link yg kmo bg 2
tp npe cm ad sumtin wrong j??
adkh ianya tok sye yg nga tggu result ni???
frankly,im very confius!!
plezzzz..help me!!
@adila, maaf, yg tu untuk yang sedang belajar di luar negara. untuk lepasan spm masih belum dibuka. ianya akan diiklankan pada hari keputusan SPM.
mengikut pandangan beliamuda, profesion apakah yg mmpunyai masa dpn yg cerah??
pharmacist, doctor or dentist??
sy btul2 kliru antara 3 pilihn kerjaya ni…
thx
@aireen, saya cuba jawab secara jujur. lagipun saya seorang pelajar kejuruteraan.
kalau tengok antara pilihan tiga kerjaya di atas, saya dapati doctor adalah karier yang paling demand, tapi yang inilah paling susah kerana hanya pelajar cemerlang sahaja yang dikehendaki sementara dua karier lagi tu kelayakannya rendah sedikit berbanding doktor.
lagipun, doktor mempunya cabang yang luas, masuk kepada cabang2 kepakaran yang berbeza2.
tana diri anda, apakah yang anda mahukan sebenarnya. tengok kelayakan antara ketiga-tiga karier tersebut.