Salam sejahtera untuk semua.
Terbaru – Biasiswa JPA Dalam Negara Sesi 2010/2011
Permohonan telah dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda untuk sesi 2009/2010 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
IPTA / IPTS TAJAAN BIASISWA JPA PIDN
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditaja adalah seperti berikut:
- Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
- Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ditaja adalah seperti berikut:
- Universiti Multimedia (MMU)
- Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
A. Syarat Asas
- Warganegara Malaysia;
- Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2009; dan
- Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (bagi kemasukan November/Disember Sesi 2008/2009 atau Semester Satu Sesi 2009/2010) dari mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan atau sedang mengikuti pengajian di tahun2 dan ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di atas.
B. Syarat Kelayakan Akademik
1. Pelajar Baru di Tahun Pertama Semester Satu Sesi 2009/2010;
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Gred 2A dalam 7 matapelajaran
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Prinsipal B dalam 4 matapelajaran
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (di samping mempunyai SPM) – 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan
- Sijil Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan IPTA – CGPA 3.40
- Sijil Pra-Universiti/Foundation/Alpha/ Diploma – CGPA 3.50
2. Pelajar di Tahun Pertama Semester November/Disember Sesi 2008/2009
- Keputusan Peperiksaan Semester November/Disember Sesi 2008/2009 – GPA 3.50
3. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas Semester Satu Sesi 2009/2010
- Bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Perubatan Veterinar – Lulus
- Bidang-bidang lain – CGPA 3.50
Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan, pergigian, farmasi dan perubatan veterinar di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat kelayakan akademik di atas.
BIDANG TAJAAN
- Perubatan
– Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perubatan Veterinar - Sains Tulen
– Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Sains Hayat - Sains Gunaan
– Pertanian, Perhutanan, Bioteknologi/ Sains Makanan, Perikanan/ Sains Samudera, Alam Sekitar, Teknologi Maklumat - Teknologi
– Kejuruteraan, Teknologi Industri, Seni Bina, Ukur Bahan/Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah - Sastera
– Sastera Dan Sains Sosial, Pengajian Islam/ Syariah/ Usuluddin, Kemanusiaan/ Kemasyarakatan, Komunikasi, Bahasa, Sains Pembangunan, Ilmu Teras - Sastera Ikhtisas
– Ekonomi/Perniagaan Tani, Pengurusan Perniagaan/Pentadbiran Awam, Perakaunan, Undang-undang, Pengajian Kuantitatif, Pengurusan, Sains Perpustakaan dan Maklumat
KADAR BIASISWA
Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.
Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma adalah elaun sara hidup RM 7,560/ RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian IPTA RM 966/ UiTM RM 400.
Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/ RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian RM 1,020 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari.
TEMPOH KONTRAK
Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;
- Perubatan / Pergigian – 10 tahun
- Farmasi / Perubatan Veterinar – 6 tahun
- Kejuruteraan / Teknologi – 6 tahun
- Perakaunan / Undang-undang – 6 tahun
- Pengurusan / Sastera – 4 tahun
- Biologi / Kimia / Matematik – 4 tahun
Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;
- Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
- Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.
Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.
CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
- Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
- Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi.
- Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
- Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation.
- Pelajar/pegawai yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (on-line) sahaja percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:
- Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh iklan dikeluarkan dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my atau terus saja ke Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2009 (PIDN);
- Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
- Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
- Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009”;
- Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009” sebagai bukti permohonan telah dibuat.
TARIKH TUTUP
Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Julai 2009 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
PERTANYAAN
- Maklumat yang lebih lengkap boleh diperolehi di Syarat-syarat Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2009 dan Soalan Lazim (FAQ) Bagi Borang Permohonan Online PIDN 2009.
- Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3541, 03-8885 3552, 03-8885 3554 dan 03-8885 3653. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin– Jumaat); dan
- Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat esila@jpa.gov.my.
beliamuda: sila buka dengan Internet Explorer untuk mendaftar di laman ini.. paham2 je la kenapa ya..
Untuk info terkini berkaitan Tawaran Biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:
biasiswa JPA mbuat ak berbelanje tak hengat dunia
hohoho
.-= teh´s last blog ..Mengenali seorang Narcissist =-.
@teh, aish.. parah neh..
salam…. saya nak tanya… kenape saya tidak boleh dapat pinjaman biasiswa… padahal kawan222 satu best same saya dapat… result saya pun lagi baik sedikit… nape tak boleh dat???????? saya dah tak de bapa… meninggal dunia….kwaan2 saya pelik kenape tak dapat… sedih btol…
@shah, Cuba anda semak tawaran biasiswa dan dermasiswa terbaru ini. Mungkin sesuai untuk anda.
http://beliamuda.com/2010/01/tawaran-dermasiswa-tunku-abdul-rahman-2010/
http://beliamuda.com/2010/01/tawaran-biasiswa-tunku-abdul-rahman-2010/
biasiswa jpa kuar sekali 1 sesi ke..atau setiap sem???
@fiemie, rasanya mcm keluar sekali untuk satu sesi.. kalau ada untuk sem seterusnya pun, maybe tidak seramai pengambilan sesi Julai tuh.. kan masa tu ada kemasukan baru ke Uni.. lagi satu, kena selalu alert la dengan info-info macam neh…
salam…..sape2 bleh tolong??camnew nk apply biasiswa ni…saya spm tahun ni….
@eiyna, sebelum tu, saya nak tahu awak sekolah mana?
Kebiasaannya, untuk apply biasiswa, kena tunggu keluar result SPM. Masa ni memang banyak tawaran2 biasiswa yang dikeluarkan.
Selepas trial SPM biasanya hanya lebih ditumpu pada pelajar sekolah berasrama penuh dan MRSM.
@beliamuda, sy ni skola sbp camne nk mohon
@faeez, hmm, biasanya kaunselor banyak tahu pasal biasiswa untuk yang guna result trial tu.. sebab sikit je yang ditawarkan…
salam…. saya nak tanya… kenape saya tidak boleh dapat pinjaman biasiswa… padahal kawan222 satu best same saya dapat… result saya pun lagi baik sedikit… nape tak boleh dat???????? saya dah tak de bapa… meninggal dunia….kwaan2 saya pelik kenape tak dapat
@shah, pandangan saya mengenai hal ini. jumlah permohonan terlalu banyak sebenarnya. biasa la. akan ada kesilapan. sebab tu la ada rayuan selepas pengumuman biasiswa tu keluar.
nanti boleh cuba lagi untuk sesi yang seterusnya. adalah lebih baik jika dapat berhubung terus dengan pihak JPA.
macam mane nk mohon biasiswa nie….?
saya pelajar tahun 1 diploma kejuruteraan elektrik…
@arif, kalau nak memohon, kena tunggu tawaran ni dibuka semula.. buat masa ni, tawaran ni dah ditutup semula.. boleh semak dari semasa ke semasa di laman web JPA..
hai..
salam perkenalan…
boleh sya tahu mcm mana nk apply biasiswajpa untuk pelajar diploma politeknik..
borang biasiswa jpa kemasukkan januari 2010 bila ek kuar??
saya xtau syarat…
untuk pengetahuan sy dah ambil sijil QS katPKB. dan tahun depan sy smbung diploma..
harap ada yang sudi membantu saya…
terima kasih..
from ;
kasih_hafizah63@yahoo.com.my
@along, biasiswa JPA untuk politeknik baru je dibuka baru2 ni… rasanya, biasiswa ni akan dibuka sekali sahaja setiap tahun…
untuk kemasukan Januari saya tak pasti, tapi kalau bukak di laman web JPA (link kat atas tu), akan ada pemberitahuan di situ. Boleh semak selalu di situ.
@beliamuda,
OHYE KE….
so, sya pluang nk dapat biasiswa tu tipis la eh..?
sedihnya…
pape pun thanks ye wak…=)
if ada information terkini gtau k…
@along, nak kata tipis pun, saya sendiri kurang pasti.. tpi, nnt dah buka balik tawaran, jangan lupa untuk apply…
sy lepasan diploma MLT…n kan smbg dgree in MLT gakk..kmasukn januari 2010..trus sem 4 coz from dip..
so nak tnyerr pe syrt klyakan utk aply scolar JPA..
@ana, syarat seperti tertulis di atas.. tpi, buat masa ni tiada tawaran baru untuk biasiswa dibuka…
sy student asasi 3sem..next sem br msok dgree..
cmner nk apply?
tggu tawaran julai taun depan ke?
@iera, yup, kena tunggu tawaran tahun depan…
..assalamualaikum..sye nak msuk sem 2 dalam kos pengurusan.
untuk mohon biasiswa ni,sye kna tnggu result sem 2 ke bru ble mohon?
@zahrahashim, bukan tunggu result, tunggu tawaran dibuka semula… dalam setiap tawaran biasiswa tu dia akan bagitau syarat dan kelayakan…
saya lepasan stp.. 2008.. dapat result 4b..januari sem dpn sy brada di thun ptama sem kedua dalam jurusan ekonomi perniagaan.. jadi sy nk thu bile sy boleh mohon n adakah saya layak???tq2..
@wanie noor din, permohonan boleh dibuat apabila tawaran dibuka semula… kelayakan boleh disemak dalam syarat yang dikemukan semasa tawaran itu dibuka semula..
bagi pelajar yg berjaya mendapat kemasukan ijazah sarjana muda pengambilan disember sesi 2009/2010 adakah layak memeohon biasiswa jpa?
bilakah tarikh untuk memohon dibuka?
@syida, tak pasti bilakah akan dibuka semula.. buat masa ni tiada pengumuman lagi…
@beliamuda,
kene tunggu jun-julai 2010
coz borng permohonan cluar sekali setahun sahaja
kene alert hujung bulan6 biasanya
@rais, yup, betul tu.