Suara Ku Berharap

Entah kenapa sejak sehari dua ni, hati aku sedikit resah dan gelisah. Seorang sahabatku tanpa segan silu memberikan hipotesis yang aku sedikit tertekan dengan paper terakhir yang akan duduki pada hari Isnin ni (esok la tu). Mungkin ada betulnya. Sejak daripada awal sem lagi, aku agak ketinggalan dalam hampir kesemua subjek yang aku ambil sem ni. Buktinya, kesemua coursework (CW) aku berada di bawah markah purata. Namun, Process Heat Transfer (PHT) merupakan subjek yang paling digeruni kerana hampir kebanyakan pelajar kurang faham dengan apa yang telah diajarkan oleh Dr Ye Lwin. Huhu… Agak susah sikit la nak ikut cara pengajaran dia. Hanya lima orang pelajar elit (baca: pentagram, rujuk Eyeshield 21) sahaja yang mampu untuk perform. Merekalah yang mempunyai markah CW tertinggi untuk PHT.

Tambahan pula, hari untuk mula bercuti sem ni juga sudah semakin hampir. Aku akan pulang pada Selasa malam (lusa la kot), bersendirian. Balik bersendirian bukanlah satu masalah bagi aku. Namun, suasana sebelum balik itulah yang memberikan feel kepada aku. Seakan menimbulkan sebak di hati. Mungkin tidak kali ini, sebab rumet terbaek masih belum balik. Kalau sem lepas, habis je paper, malamnya mesti dah mahu blah. Akhirnya, tinggallah aku kesunyian sorang-sorang di bilik. Kalau dah duk sorang-sorang ni, mulalah nak feeling. Huhu…

Ada juga beberapa perkara lain yang turut mengganggu gugat ketenangan hati aku. Ada beberapa perkara yang timbul tanpa diduga. Suatu yang aku rasakan seperti aku sudah mampu untuk mengatasinya jika ia berlaku lagi. Namun, nyata sekali hati ini sangat lemah. Kalau dah berlaku benda macam tu, mulalah nak fikir macam-macam. Ish…

Akhir sekali, Suara Ku Berharap oleh Hijau Daun;


Disini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan

*
Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Kalau ku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu Aku menunggu

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Back to *
Suara dengarkanlah aku




Gratisan Musik

beliamuda: aku minta maaf sebab terpaksa menolak ajakan seorang sahabat untuk join kumpulan studi diaorang. “Saban masa, ada sahaja perkara yang melintang di benak fikiran. Ia sentiasa membuatkan aku terfikir. Teringat akan suatu hal yang telah lama menapak di jiwa. Oh hati, bisakah lagi kamu bertahan?

Comments

7 responses to “Suara Ku Berharap”

  1. vividian Avatar
    vividian

    kena tag weiii..jawab2..hehe

  2. beliamuda Avatar

    akan aku usahakan.. hehe~~

  3. irsyad Avatar

    hoho…xctui lagi ke demo..kawe puah dh duk dumoh nih

  4. beliamuda Avatar

    aku baru sahaja sampai ke rumah… alhamdulillah…
    Jumaat ini akan ke Melaka untuk urusan kahwin sepupu aku..

  5. rue Avatar

    samat becuti r !!

  6. […] Hijau Daun kembali pada tahun ini dengan album baru yang bertajuk Bersama Cahaya. Boleh tahan juga lagu-lagu baru dalam album ini walaupun mungkin tiada lagu yang mungkin mampu menyaingi lagu hits Hijau Daun sebelum ini iaitu Suara Ku Berharap. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge