Dedikasi Kepada Rakan Blogger – Edisi Mei 09

Mulai bulan lepas, aku telah memperkenalkan “Dedikasi Kepada Rakan Blogger”. Aku jadikan entri ini sebagai platform untuk memperkenalkan blog rakan-rakan blogger yang lain. Setiap bulan, 10 orang akan dipilih. Jika bertuah, mungkin ada yang akan dipilih semula pada bulan yang berikutnya. Semuanya bergantung kepada mood aku pada waktu tu. Selepas aku masukkan link mereka dalam entri dedikasi ini, aku akan masukkan link mereka ke dalam Page khas yang dibuat untuk memberikan pautan kepada rakan blogger yang lain.

blogger_award

Abu Raihan – Rakan daripada MRSM PC lagi. Antara orang aku tak sangka akan mempunyai blog. Kalau anda kenal dia, pasti anda juga akan terkejut. Bu, jange maroh aku. Haha…

Khairul Anuar – Bekas pelajar MRSM Jeli. Mula kenal dengan dia sejak masuk ke UTP lagi. Baik dan rajin orangnya. Baru saja mula berjinak dengan dunia blog.

Atiqah KJ – Seorang lagi downline aku dalam MyMode. Belajar di UiTM Dungun. Sekarang ni tengah buat latihan industri (LI). Aku selalu je baca blog dia, tapi jarang komen. Mungkin banyak cerita pasal girl stuff kot…

Azfar Umar – Sahabat lama daripada MRSM Transkrian. Setelah aku masuk ke MRSM PC, dia membawa diri ke MRSM Taiping. Sekarang ni sedang belajar di Uniten. Mengambil jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik kot. Orangnya sihat saja :p Lama dah tak jumpa ko.

Faris Roslan – Eh, ada lagi nama Faris kat sini. Haha.. Tak perlulah aku memperkenalkan lagi siapakah gerangan empunya badan. Yang ni aku pautkan ke laman blog peribadi dia. Jarang sekali dikemaskini, tapi bila dah ditambah entri baru, memang panas sikit la… Kan2?

Hamzah Nawawi – Sahabat yang mula dikenali di UTP. Mula bekerjasama dengannya sejak daripada semester pertama di UTP lagi. Orangnya sangat berkaliber dan sangat aktif di UTP. Sekarang ni, sedang memegang jawatan Timbalan Presiden RCSU (Residential College Support Unit). Munginkah tak lama lagi akan jadi Presiden? Hehe.. Blog dia lebih bersifat keagamaan dan nasihat. Jarang sekali dikemaskini kerana sangat sibuk orangnya.

Kamil – Blog menjadi medan dia meluahkan apa yang terbuku di hati. Kalau ada yang dia rasa tak puas hati ke, rasa sedih ke, rasa nak marah ke, boleh baca di situ. Sejak akhir-akhir ni, dia selalu kemaskini blog dia. Itu tandanya dia tengah dilanda gelora perasaan kot (ops.. spekulasi semata-mata).

Khairuddin Saad – Aku panggil Din je. Selalu sibuk dengan Medtech. Aku baru jumpa blog dia. Tak sempat nak gerudi dalam-dalam lagi.

Hilmi @ Lemeq – Sahabat yang aku mula kenal di UTP. Blog dia juga banyak mengenai agama dan nasihat.

Nash – Dikenali sebagai Nash Hunter. Juga dikenali sebagai abang Medtech. Aktif dengan bermain hoki. Salah seorang pemain untuk team UTP rasanya. Blog yang sempoi.

beliamuda: Untuk dedikasi edisi April, anda boleh usha di sini… Masalah dengan blog sejak akhir-akhir ni, membantutkan semangat aku nak tambah entri baru. Lagipun, tengah final exam sekarang. All the best untuk saya!

15 thoughts on “Dedikasi Kepada Rakan Blogger – Edisi Mei 09

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge