Senarai 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2011

Salam sejahtera buat semua.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia telah mengumumkan lagi senarai 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi tahun 2011 yang bertujuan untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.

Daripada 23 buah sekolah tersebut, 11 buah adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), dua sekolah menengah harian biasa, lapan Sekolah Kebangsaan dan dua Sekolah Jenis Kebangsaan.

Berikut adalah senarai penuh 23 buah sekolah yang disenaraikan sebagai SBT 2011:

Keputusan SBP 2011 Untuk Tingkatan 4 Masih Belum Diumumkan

Salam sejahtera buat semua.

[Semakan Keputusan Kemasukan ke SBP Tingkatan 4 2011]

Setakat waktu entri ini ditulis, keputusan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) untuk Tingkatan 4 bagi sesi 2011 masih lagi belum diumumkan.

Berbeza dengan keputusan semakan untuk sesi tahun 2010 yang boleh disemak pada 15 Januari 2010, keputusan untuk sesi 2011 masih lagi tidak dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Continue reading

Keputusan PMR 2010 Diumumkan Hari Ini

Salam sejahtera buat semua.

Hari ini, keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2010 diumumkan. Pasti ada adik-adik pelajar Tingkatan 3 dan para ibu bapa yang turut sama bergembira dengan keputusan cemerlang, tidak kurang juga yang bersedih kerana kurang bernasib baik.

Masih ada lagi percubaan semasa SPM nanti. Tahniah kerpada yang berjaya dengan cemerlang. Bagi yang cemerlang, pastinya anda ingin mengetahui ke manakah hala tuju anda selepas ini.

Continue reading

Keputusan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1 Sesi 2011

Salam sejahtera buat semua.

Setelah lebih sebulan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 diumumkan kepada pelajar darjah enam yang telah pun mengakhiri zaman sekolah rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah pun mengumumkan keputusan permohonan untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi pelajar Tingkatan 1 untuk sesi tahun 2011.

Keputusan Permohonan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1 Sesi Tahun 2011

Pelajar-pelajar yang menduduki UPSR 2010 boleh menyemak keputusan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 secara dalam talian (baca: online).