Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012

Salam sejahtera buat semua.

SBP Tingkatan 1 2012

Bagi ibu bapa dan pelajar Darjah Enam yang telah menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 dan membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi sesi akademik bermula tahun 2012, semakan tawaran telah boleh mula dibuat pada hari ini.

Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Satu di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2012 boleh dibuat sehingga 5 Januari 2012. Sekiranya permohonan anda tidak berjaya. Anda boleh mengemukakan rayuan dengan menggunakan aplikasi e-Rayuan seperti yang telah disediakan.

Semakan Keputusan Kemasukan ke Tingkatan Satu SBP 2012

Semakan kemasukan dan tawaran ke Tingkatan 1 SBP tahun 2012 boleh dibuat di laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Untuk membuat semakan, anda perlu memasukkan angka giliran UPSR 2011 dan klik butang Semakan. Kenyataan yang memaparkan keputusan tawaran akan dikeluarkan sama ada anda berjaya ataupun tidak.

Rayuan Kemasukan ke Tingkatan Satu SBP 2012

Untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan Satu SBP 2012 jika permohonan tidak berjaya, sila layari e-Rayuan Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia. Masukkan angka giliran UPSR 2011 pemohon dan klik butang e-Rayuan. Tarikh tutup e-Rayuan Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia ialah pada 5 Januari 2011.

Maklumat Tambahan dan Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03 8321 7400.

beliamuda: Adik bongsu saya tidak membuat permohonan kemasukan ke SBP kerana memilih untuk bersekolah di kawasan dekat rumah…

3 thoughts on “Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge