Salam sejahtera buat semua.
Entah apa mimpi rumet saya pagi ni. Bangun awal pagi dan apabila saya celik, rupa-rupanya dia tengah mengemaskini blog penampalposter dengan entri terbaru. Ingatkan sibuk siapkan proposal untuk FYP – Final Year Project.
Salam sejahtera buat semua.
Entah apa mimpi rumet saya pagi ni. Bangun awal pagi dan apabila saya celik, rupa-rupanya dia tengah mengemaskini blog penampalposter dengan entri terbaru. Ingatkan sibuk siapkan proposal untuk FYP – Final Year Project.
Salam sejahtera buat semua.
Tak tahu la berapa ramai malam ni yang semangat kat depan TV sebab nak tengok gelanggang akhir Maharaja Lawak 2011 yang menyaksikan empat pelawak berentap merebut gelaran Maharaja Lawak. Empat pelawak (persendirian/berkumpulan) yang berentap dalam gelanggang akhir Maharaja Lawak 2011 ialah Jozan, Sepah, Nabil dan Jambu.
Yang pastinya, lagi ramai yang menonton Maharaja Lawak 2011 melalui alternatif lain seperti Youtube dan muat turun daripada perkongsian torrent. Saya sendiri tidak menonton Maharaja Lawak yang disiarkan di Astro Warna. Semuanya tunggu masuk dalam Youtube je la. Entah dah berapa kali akaun orang yang muat naik tu dah kena padam pastu buat yang baru.
Salam sejahtera buat semua.
Idea yang bercambah tidak lama dahulu dalam kalangan CJ07 kini hampir menjadi kenyataan. Semasa Second Year, Second Sem kita pernah berkelah bersama-sama di pagi Jumaat yang indah di Teluk Senangin. Memandangkan bagi sem ini tiada aktiviti bersama yang dirancang untuk dilaksanakan atas kesibukan masing-masing, CJ07 Crazy Morning menjadi medan, hasil usaha Zaki.
Walaupun diperingkat awal CJ07 Crazy Morning menggunakan kod nama Operation Crazy (secara spontan disebut dalam emel pertama para komiti), ianya bertukar penjenamaan selepas itu. Idea diperingkat awal pun hanyalah sekadar sesi bergambar bagi CJ07 Yearbook dan video untuk legasi CJ07 (hasil akhir video ini akan dipaparkan pada sem depan, sem terakhir kita dalam majlis jamuan makan malam).