Blog

  • Mumble-less Monday #18: Kad Ucapan Tahniah Dapat Kerja

    Salam sejahtera buat semua.

    Kad Tahniah Kerja

    Kad ucapan tahniah dapat kerja ini diberi oleh mak saudara saya yang berada di Gombak. Sepatutnya kad ini dihantar terus ke rumah sebelum saya mula bekerja di Puchong, tapi sebab saya sampai lebih awal maka kad ini diberi terus. Sebenarnya saya baru sahaja dapat kad ini semasa menziarahi dia pada hujung minggu lalu.

  • (UNIC) Sangkar Hati: Perjuangan Palestin

    Salam sejahtera buat semua.

    Cover Album Hijrah UNIC

    Kebelakangan ini, isu negara Palestin dan pendatang haram Isreal kembali menjadi isu hangat yang sering diperkatakan saban hari di Malaysia. Semuanya bermula apabila ada ahli politik yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan negara haram Israel sehinggakan kebanyakan pihak mula menyatakan pendirian masing-masing.

    Dalam tulisan kali ini, saya bukannya ingin mengutarakan pandangan saya berkaitan hal tersebut melainkan berkongsi dengan anda sebuah lagu oleh kumpulan UNIC yang terdapat dalam album Hijrah. Lagu tersebut ialah Sangkar Hati yang menggambarkan perjuangan dan penderitaan rakyat Palestin.

    (more…)