Video Ayam KFC Tapak Kasut: Respon KFC Malaysia

Salam sejahtera buat semua.

Ayam KFC

Sekitar hari Jumaat yang lalu, heboh di kalangan blogger apabila satu video yang memaparkan pekerja KFC yang bertugas untuk menggoreng ayam telah menyapu ayam yang sedang disediakan sebelum digoreng ke bahagian tapak kasut yang dipakainya.

Video tersebut yang berdurasi 38 saat, dalam paparan yang tidak jelas berkemungkinan dirakam dengan menggunakan telefon bimbit oleh rakan pekerja KFC tersebut (berkemungkinan staf KFC juga).

Walaupun video ini sebenarnya telah diketahui oleh pihak KFC sejak hujung tahun lalu, namun baru minggu lepas ianya tersebar. Video tersebut telah disebarkan semula oleh individu yang tidak dikenali. Adakah individu tersebut berniat jahat atau sekadar berniat untuk memberitahu kepada orang lain?

Continue reading

Kelam Kabut Mengisi Senarai Semak Graduasi

Salam sejahtera buat semua.

Mayak dan Penaberkala

Hari ini kebanyakan rakan termasuk saya sibuk berurusan dengan Exam Unit bagi menyiapkan proses mengisi senarai semak graduasi. Arahan yang dikeluarkan lewat petang Khamis lalu mewajibkan pelajar yang akan bergraduasi pada sem September 2011 untuk segera mengisi borang senarai semak graduasi (baca: graduation checklist) selewat-lewatnya hari ini.

Ada yang kelam-kabut kerana perlu mengingati semula semester sesuatu subjek diambil sebelum diisi ke dalam borang kerana senarai yang diberi oleh Exam Unit tidak menyatakan secara tepat semester subjek tersebut diambil (ada kesilapan lagi). Saya bernasib baik kerana masih lagi menyimpan slip subjek yang diambil setiap semester berserta dengan slip keputusan peperiksaan.

Continue reading

Pengalaman Melalui Lebuh Raya PLUS: Ipoh-Kuala Kangsar

Salam sejahtera buat semua.

Lebuh Raya PLUS

Setiap pemandu di Malaysia ni pasti kenal dan tahu mengenai lebuh raya terpanjang di Malaysia yang menghubungkan bahagian utara dan selatan semenanjung Malaysia iaitu Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS). PLUS yang sepanjang 772 KM bermula di Bukit Kayu Hitam (Kedah) sehinggalah ke Johor Bahru (Johor).

Paling jauh pernah saya lalui lebuh raya PLUS ialah dari Plaza Tol Sungai Besi ke Plaza Tol Kuala Kangsar. Sepanjang laluan tu saya dapat saksikan satu kemalangan ngeri yang melibatkan beberapa buah kereta, berkemungkinan disebabkan kereta paling depan membrek secara mengejut menyebabkan kereta belakang yang tidak dapat mengelak terus merempuh kereta tersebut.

Continue reading