Salam sejahtera buat semua.
Pelik juga apabila saya mendapat satu emel spam daripada penghantar yang menggunakan domain ApCos.biz. Isi emel tersebut mengandungi beberapa baris ayat mengenai isu Ustaz Badrul Amin dan Cerita ‘Retreat’ di Kuantan. Emel tersebut turut dihantar kepada lagi 49 alamat emel yang lain (menjadikan jumlah penerima sebanyak 50).
Saya percaya, masih ramai lagi yang menerima emel spam tersebut berdasarkan kepada cara Yahoo! melayan emel ini sebagai spam. Saya kurang pasti pula bagaimana alamat emel ini boleh dikumpulkan oleh penghantar. Namun, di bawah ini saya paparkan isi kandungan emel tersebut.
Badrul Amin Bahrum kena tangkap kes khalwat di Pahang, masa retreat. Balasan Allah s.w.t terhadap kaki fitnah orang. Kepimpinan melalui teladan, bapa borek anak rintik.
Ostaz dunia dan akhirat, Badrul Amin kena cekup khalwat dengan isteri orang nama zatiwani, seorang juruteknik kolej komuniti. Baik punyer retreat parti sampai isteri orang pun tak tau beza.
UMNO sekali lagi mencipta konspirasi dengan mendakwa YB ustaz Badrul Amin Baharum pemimpin yang kita sayang berkhalwat dengan isteri orang di Pahang… inilah kerja UMNO yang suka membuat fitnah…ustaz Badrul Al Amin hanya mahu membantu seorang isteri yang kesunyian.
Ustaz Badrul Amin Bahrum pemimpin PKR difitnah oleh UMNO. Beliau sebenarnya pada jam 3 pagi itu sedang memberikan kaunseling kepada seorang isteri yang lari dari rumah ke bilik hotel.Kita patut ucap tahniah kepada Ustaz Badrul Amin dengan hubungi beliau di no. 019-6814040.
Jika diselidiki pemilik domain tersebut menggunakan Whois DomainTools, ianya didaftarkan oleh ICORE TECHNOLOGY yang beralamat di Johor Bahru. Namun, tiada pula maklumat berkaitan pemilik domain tersebut yang dipaparkan. Sebarang kemaskini akan dimasukkan kemudian.
beliamuda: Kandungan emel sangatlah berbaur politik…
ku terima email yang sama juga,inilah tindakan pengecut yang berani cakap tapi tak berani aku diri,padam muka penembak BN
keel´s last blog about ..Search Google With This Image
@keel, sejak dua tiga hari ni, banyak pulak dapat emel macam tu. Aish~
@beliamuda, memang,kemunkinan besar PRU-13 akan diadakan scepat mungkin,black note disampaikan di mana-mana oleh penyokong atau penembak BN.Kalau merujuk kepada facebook pemimpin-pemimpin BN,boleh didapati bahawa comment daripada member adalah kebanyakannya negatif.
siapa mau percaya orang yang tidak berani tunjuk muka? inilah sifat orang BN yang suka buat topic,main perasaan perkauman.
@keel, Semoga golongan muda dapat lebih ramai turun mengundi dan membuat pilihan yang betul bagi mengajar pihak yang telah terlalu selesa ni.
aku pon kena gak! bodohnya pencacai UMGOK ni!
@aaron wong, sampai ke hari ni masih lagi dapat emel macam ni.
sampai harini pon saya dapat…. pttuuuih!