Salam sejahtera buat semua.
Membuat Permohonan Kad Pengenalan Kanak-Kanak 12 Tahun
Salam sejahtera buat semua.
Pada 11 September 2011 tempoh hari, genaplah umur adik bongsu saya 12 tahun. Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya. Jadi, setelah genap umur 12 tahun adik saya perlulah mendaftar untuk Kad Pengenalannya.
Tempoh hari, saya terlupa sebenarnya untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada dia dan terlepas untuk mengucapkan selamat berjaya sebelum dia menduduki UPSR 2011. Double loser! Jadi, apabila saya menelefon ke rumah sebelum pulang dua hari lalu, adik tak sabar-sabar menunggu kepulangan saya kerana ingin menuntut hadiahnya. >_<
Gambar Perodua Myvi SE 1.5 2011
Salam sejahtera buat semua.
Melengkapi barisan generasi kedua Perodua Myvi yang dilancarkan pada pertengahan 2011 yang lalu iaitu varian Perodua Myvi Elegance dan Perodua Myvi 2011 Standard ialah Perodua Myvi dengan kapasiti enjin 1.5L. Seperti yang telah diura-urakan sebelum ini, Perodua akhirnya mengeluarkan Perodua Myvi 1.5.
Perodua Myvi SE 1.5
Dua varian baru yang diperkenalkan bagi Perodua Myvi dengan kapasiti enjin 1.5L ialah Perodua Myvi Extreme 1.5 dan Perodua Myvi SE 1.5. Sesuatu yang tidak dijangka, varian Special Edition (SE) turut mendapat peningkatan kapasiti enjin. Dalam entri kali ini, saya kongsikan gambar-gambar Perodua Myvi SE 1.5 yang lebih ditekankan kepada warna kuning (selain lagi empat pilihan warna yang ada).
Gambar Perodua Myvi Extreme 1.5 2011
Salam sejahtera buat semua.
Melengkapi barisan generasi kedua Perodua Myvi yang dilancarkan pada pertengahan 2011 yang lalu iaitu varian Perodua Myvi Elegance dan Perodua Myvi 2011 Standard ialah Perodua Myvi dengan kapasiti enjin 1.5L. Seperti yang telah diura-urakan sebelum ini, Perodua akhirnya mengeluarkan Perodua Myvi 1.5.
Perodua Myvi Extreme 1.5
Sebenarnya ada dua varian dalam barisan Perodua Myvi 1.5 iaitu Perodua Myvi Extreme 1.5 dan Perodua Myvi SE 1.5. Saya tidak menyangka varian SE (Special Edition) turut mendapat peningkatan kapasiti enjin. Dalam entri kali ini, saya kongsikan gambar-gambar Perodua Myvi Extreme 1.5 yang lebih ditekankan kepada warna kuning (selain lagi dua pilihan warna yang ada).



