Melangkah ke Semester Terakhir di UTP

Salam sejahtera buat semua.

Operation Management Textbook

Menulis mengenai sesuatu di awal permulaan semester bukanlah menjadi tradisi bagi saya. Namun, kali ini saya nukilkan juga di sini. Barangkali mungkin kerana ianya adalah semester terakhir pengajian saya di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).

Mengimbau kembali kemasukan saya ke UTP sejak bulan Januari 2007 beberapa hari selepas saya menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-18, dirasakan apa yang telah dilalui selama berada di sini terlalu cepat berlalu. Inilah tahun kelima berada di UTP dan mungkin genap lima tahun saya berada di sini apabila tamat pengajian di pertengahan bulan Januari 2012.

Continue reading

Sambungan Cinta Kantoi Edisi 2.0: Jom Berinteraksi!

Salam sejahtera buat semua.

Samsung Galaxy SII Minisite

Entah apa mimpi penaberkala bermadah puisi tempoh hari dalam Cinta Kantoi Edisi 2.0? Nak tahu kenapa? Sebab dia dapat awek baru la. Awek bukan sebarang awek. Smartphone Samsung Galaxy SII tu! Ini memang buat saya jeles… >_<

Ingat lagi pesanan terakhir kat bawah entri tu? “Ada video kejutan khas dalam tersebut. Itupun kalau korang dapat jumpa. Hehe… ^_^v

Kalau ada yang membaca pesanan terakhir tu, korang paling kurang pun mesti tengok video-video yang ada kat situ kan? Ada jumpa video yang dimaksudkan tu tak? Kalau belum lagi, mari saya ajar cara-cara untuk berinteraksi dengan video-video .

Continue reading

Gambar Sekitar Letupan Empire Shopping Gallery

Salam sejahtera buat semua.

Sekadar perkongsian pantas gambar-gambar yang sempat ditemui berkenaan dengan letupan di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya, Selangor awal pagi ini.

Letupan Empire Shopping Gallery
via twitpic

Continue reading