Pusingan Pantas Meter Air

Salam sejahtera buat semua.

Water fountain fun 7/11 clogozm via Flickr

Saya sangat tak suka apabila muncul suatu masalah yang jalan penyelsaiannya terpaksa melibatkan orang lain dan wang pada masa yang sama kerana ianya akan memakan masa. Masalah seperti ini baru sahaja menjelma dan disedari lewat petang semalam.

Masalah yang dimaksudkan adalah seperti apa yang dicatatkan dalam tajuk entri kali ini. Saya telah mengesan wujudnya gerakan pantas meter air yang abnormal pada paip air utama. Pengesanan ini adalah secara tidak sengaja apabila saya mendengar bunyi gerakan mekanikal yang tidak biasa selepas keluar daripada kereta di depan pintu pagar rumah sewa.

Kecurigaan ini membawa saya untuk memeriksa apakah puncanya gerakan meter air yang sepertinya tidak mahu berhenti langsung. Telahan awal saya yang menyangka rakan serumah sedang membasuh baju nyata meleset. Bunyi air mengalir turut dapat didengari dari tandas yang terletaknya paip air utama ke tangki.

Bil Air Feb dan Mac Saujana Puchong

Perbandingan bacaan terkini dengan bacaan terakhir yang dibuat pada 10 April yang lalu nyata membawa maksud wujudnya aliran air yang tidak sepatutnya. Untuk lima hari, penggunaan telah dicatatkan sebanyak 20 m3. Walhal bacaan untuk dua bulan sebelumnya, jika digabungkan barulah setara dengan bacaan selama tempoh lima hari ini.

Setakat ini, punca kebocoran masih belum dapat dikesan dan langkah kawalan awal hanyalah dengan menutup kunci air paip utama apabila tidak digunakan. Jangkaan awal kami, terdapatnya kebocoran di bahagian paip utama yang terletak di bahagian bawah tanah sebelum aliran masuk ke tangki. Tidak mungkin masalah berpunca daripada tangki kerana apabila kunci air paip ke tangki ditutup, pusingan meter masih lagi galak seperti sebelumnya.

Buat masa ini, tuan rumah telah dimaklumkan dan hanya menanti tindakan seterusnya daripada beliau. Dia turut bersetuju untuk menanggung kos bil air sepanjang bulan ini. Saya sebenarnya sudah serik dengan kejadian serupa yang telah melanda hampir dua tahun yang lalu apabila bil air tiba-tiba sahaja melambung tinggi. Saya serik!

beliamuda: Kalau betul kebocoran berlaku di bahagian bawah rumah, kos baik pulih pastinya tinggi…

4 thoughts on “Pusingan Pantas Meter Air

  1. salam, meter rosak kot… atau pun org pejabat air salah kira… pernah jadi kat opis saya… langkah awal pi buat aduan di pejabat air… dan minta diorang check…. ambik meter air yg sekarang dan bandingkan dengan bil yg ang dapat…

    • @kuek, Wasalam. Memang dah konfem ada paip yang bocor. Masalah nak baiki sebab batang paip tu semua kat dalam tanah dan atas tanah tu semua simen.

  2. salam, kena check ikut steps..hanya ada dua kemungkinan…kebocoran atau meter rosak.

    1. Pertama sekali tutup SEMUA injap paip didalam rumah dan diluar rumah..lihat samada meter air masih ‘berjalan’..jika tiada, maka tidak akan ada kebocoran..ini cara pasing senang nak mengesan kebocoran..jika meter air masih berjalan..ada dua kemungkinan..paip bocor atau meter rosak.

    2. buka sambungan paling dekat dengan meter air (Injap utama patut ditutup terlebih dahulu)..pasang stop cock (injap)dan buka injap utama..buka dan tutup stop cock tersebut. tengok ada kejadian berulang pada meter air…jika tiada (i.e meter air seperti biasa), memang sah ada kebocoran paip dirumah dan meter tidak rosak (tapi not 100%, mungkin SADA ken buat test lagi)

    3. cara senang nak mengatasi masalah kebocoran bawah tanah adalah memasang paip baru diatas tanah..nampak tak elok tapi duit selamat.

    4. kalau meter air rosak, SADA memang ‘susah’ nak deal dengan depa ni.aku tulis surat je..contact aku cara nak buat surat

    • @zaki, Wasalam. Terima kasih di atas langkah-langkah yang disediakan. Saya dah check sendiri mengikut pengalaman yang pernah terjadi sebelum ini. Memang sah ada kebocoran. Cuma yang menjadi masalah ialah saluran paip semuanya berada di bawah tanah dan telah disimen (kawasan perumahan). Untuk makluman, kejadian ni terjadi di Selangor. Yang terjadi di Kedah tu pengalaman sebelum ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge