Blog

  • Restoran Nasi Kandar dan iPhone 4S

    Salam sejahtera buat semua.

    nasi kandar
    [scaredy_kat]

    Mata tidak mampu untuk dibuka lebih lama. Panas yang terasa di tubuh semakin menyengat. Kepala juga dirasakan berpusing. Merebahkan tubuh di katil adalah pilihan yang terbaik.

    *****

    Penat betul bila dah mula berbisnes ni. Baru je mula buka Restoran Nasi Kandar, tapi kepala dah mula fikir nak kaut duit untung juta-juta. Yelah, takkan buat bisnes ni nak tabur duit kot? Orang buat bisnes nak kaut duit la kan.

    (more…)

  • Kesukaran Mengakses Portal eSILA Berkaitan PIDN JPA

    Salam sejahtera buat semua.

    Biasiswa PIDN JPA

    Sebelum ini, pihak JPA telah membuat pengumuman bahawa keputusan permohonan biasiswa JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) boleh disemak mulai 30 September 2011. Namun, disebabkan oleh beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, semakan tidak dapat dilakukan dan portal eSILA telah tergendala sepanjang penghujung minggu lalu.

    Berikut adalah kenyataan maklum balas yang telah dikeluarkan oleh pihak JPA dan disiarkan di portal eSILA.

    (more…)

  • Finale Cinta Kantoi Edisi 2.0: Beraksi Dalam Rakaman Video

    Salam sejahtera buat semua.

    Nuar Vanggey SII

    Kembali lagi kita dalam Cinta Kantoi Edisi 2.0. Kini kita sudah berada di finale bagi edisi kali ini. Korang dah melawat yang saya kongsikan dalam dua entri Cinta Kantoi Edisi 2.0 sebelum ini? Kalau belum, jangan segan-segan untuk ke sana.

    Seperti yang ditulis dalam entri kedua Cinta Kantoi Edisi 2.0 sebelum ini, korang boleh berinteraksi dengan video yang memaparkan aksi pengguna-pengguna Samsung Galaxy SII dengan gajet masing-masing.

    (more…)

  • Mumble-less Monday #11: Duit RM50 Baru?

    Salam sejahtera buat semua.

    Duit RM50 kenang-kenangan Sukan Komanwel 1998

    Baru-baru ini ada seorang rakan di Facebook menyiarkan gambar seperti di atas dengan mendakwa ianya adalah gambar duit RM50 yang terbaru. Saya sebenarnya sangsi dengan kenyataan beliau kerana tidak pula saya menjumpai mana-mana sebaran rasmi daripada pihan Bank Negara Malaysia (BNM).

    Maka, bertanya terus kepada pihak BNM adalah langkah terbaik untuk mengetahui mengenai kebenaran gambar not RM50 yang didakwa terbaru itu. Satu emel dihantar lewat petang Khamis meminta penjelasan dan dibalas keesokannya oleh pihak BNM.

    (more…)