Blog

  • Aw0k2! Geng Burger Bakar Abang Burn Ramal Junction Food Court

    Salam sejahtera buat semua.

    Aw0k2 geng Burger Bakar Abg Burn

    Saya sangat teruja apabila melihat gambar ini kerana semua yang berada dalam gambar di atas kecuali yang kedua dari kiri adalah rakan-rakan yang saya kenali. Lebih tepat lagi, mereka ini ialah geng Aw0k2! yang telah menjadi krew Burger Bakar Abang Burn untuk cawangan yang baru dibuka hari ini di Ramal Junction Food Court.

    Kalau ada di Puchong sekarang ni, memang konfem akan pergi terjah ke sana. Lagipun, sepanjang Burger Bakar ni jadi femes, tak pernah lagi saya cuba walaupun ada cawangan Burger Bakar di Puchong Utama.

    (more…)

  • Bekerja Tujuh Hari Seminggu di Tapak Projek

    Salam sejahtera buat semua.

    Crane Farewell, Spartia

    Ramai rakan sekerja yang kata sangat best kalau dapat turun ke site. Tapi tidak semua keadaan turun ke site itu best sebenarnya. Realitinya, banyak perkara yang berbeza daripada tanggapan apabila berada di site, bergantung kepada situasi dan keadaan.

    Kini saya perlu bekerja selama tujuh hari seminggu kerana jadual projek yang ketat. Dua projek hampir sama yang bertindan jadualnya mendesak kami untuk tidak lari daripada jadual yang telah ditetapkan.

    (more…)