Blog

  • Permohonan Kemasukan Ke IPTA dan Politeknik Premier Sesi Akademik 2012/2013 Bagi Lepasan SPM/Setaraf (FASA 1)

    Salam sejahtera buat semua.

    Jom Masuk Universiti

    Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengumumkan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA dan Politeknik Premier) untuk lepasan SPM 2011 dan setaraf bagi sesi akademik 2012/2013.

  • Snippet: Week 9 Semester September 2011

    Salam sejahtera buat semua.

    Week 9 September 2011

    Week 9 bagi semester September 2011 baru sahaja berlalu. Kini kita berada di hujung minggu sebelum bermulanya Week 10, menandakan tempoh waktu sesi pengajian semester terakhir saya bakal berakhir tidak lama lagi. Sedikit sebanyak, mari kita sama-sama mengimbas semula Week 9.

    (more…)

  • Khemah Ibadah 2011 Anjuran Rakan Masjid UTP

    Salam sejahtera buat semua.

    Khemah Ibadah UTP 2011

    Anda tidak ingin masa cuti sekolah anak-anak anda dibazirkan begitu sahaja? Anda mencari sebuah program berfaedah untuk meningkatkan sahsiah dan intelek mereka?

    Sertailah Khemah Ibadah anjuran Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) yang akan diadakan pada 11-15 Disember 2011 di UTP dengan yuran RM160 setiap seorang. Tempat tinggal dan makanan disediakan.

    (more…)

  • Teaser CPL Nov 2011: Sem September 2011

    Salam sejahtera buat semua.

    Logo rasmi CPL Nov 2011

    Walaupun sejak berlalunya edisi ChemE Premier League (CPL) yang dikhabarkan terakhir pada bulan April yang lalu kerana penganjur asal juga mahu turut serta dalam CPL (akhirnya dia juga tidak dapat turut serta), CPL edisi September bakal menjadi realiti.

    Dengan penganjur yang bertukar tangan kepada pihak lain yang dicadangkan dalam mensyuarat kecil CJ7, CPL kali ini bakal diadakan pada malam esok, 24 November 2011 setelah beberapa kali tarikh ditukar atas sebab-sebab kesibukan para peserta.

    (more…)