Blog

  • Ayat-Ayat Melankolik

    “Apabila semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah, kita masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi”

    “Apabila kita diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu daripada Dia Yang Maha Memberi Cahaya”

    “Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapapun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Yang Maha Adil”

    “Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia Maha Melihat segala-galanya”

    “Apabila lemah tidak berdaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu daripada Dia Yang Maha Perkasa”

    “Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-Nya”

    “Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menerimamu, carilah jalan lurus itu daripada Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup”

    “Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar”

    “Apabila miskin dan papa, kita terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya”

    beliamuda: artikel ini diambil daripada buku program Kem Penghayatan Islam (KPI) 2009, UTP

    p/s: dengar kata polis Malaysia dah mula pakai Mitsubishi Evo 10 untuk tujuan undercover

  • 5 Tip Pengurusan Masa yang Efektif

    1. Selesaikan semua tugasan dengan segera. Elakkan daripada mengambil sikap bertangguh. Semakin lama anda bertangguh, maka momentum anda semakin hilang. Jadi lakukannya secepat mungkin untuk mengelakkan momentum tersebut hilang “umhnya”.
    2. Tahu dan kenal pasti tugasan yang menjadi keutamaan anda. Tentukan apa yang penting dan perlu disiapkan segera.
    3. Agihkan kerja dan minta bantuan daripada orang lain yang lebih mahir. Berilah mereka peluang untuk membantu anda. Seperti seorang murid yang meminta pertolongan seorang guru untuk menyelesaikan soalan yang sukar hendak dijawab.
    4. Amalkan sikap mementingkan diri sendiri untuk sesetengah keadaan. Kadang kala anda perlu mengikiskan rasa bersalah tidak membantu orang lain. Andalah sebenarnya yang perlu dibantu.
    5. Lakukan perancangan. Untuk sesuatu tugasan, rancang dahulu bagaimana anda hendak menyelesaikannya. Ia mampu menjimatkan banyak masa anda.

    beliamuda: artikel ini diambil daripada buku program Kem Penghayatan Islam (KPI) 2009, UTP