Blog

  • Minta maaf secara terbuka

    Al-kisah, tersebutlah kisah aku yang tidak enak sebenarnya untuk aku kongsikan. Semalam, aku secara tidak sengaja telah menyebabkan seorang downline aku marah. Aku yang ketika itu sedang gembira dengan perbincangan untuk laporan eksperimen, terkejut dengan mesej yang dihantar kemudiannya. Aku jawab mesej itu secara ringkas. Tiba-tiba sahaja dia marah. Dan dia sememangnya sangat marah…

    Kemudiannya, hari ini aku terbaca satu entri di blog seorang kawan yang juga sedang marah. Aku rasa aku turut terlibat. Terasa juga bila baca entri tersebut.

    Aku paling resah dan risau apabila seseorang sedang marah kepada aku, lebih-lebih lagi apabila orang tersebut adalah orang yang kenal dengan aku. Maksudnya, kalau orang yang tak kenal tu, tak risau sangat la.

    Satu lagi tragedi yang lebih parah, sampai sekarang membuat aku resah.

    beliamuda: entri ini ditulis secara tergesa-gesa ketika aku berada di forum “Kemana Arah Cintaku”. Nanti akan ditambah lagi. Entri ini dihantar menggunakan telefon bimbit.

  • Hari Valentine

    Menjelang 14 Februari, kaum Nasrani dan masyarakat Barat sibuk meraikan Hari Valentine. Hari Kekasih yang disandarkan secara sejarahnya kepada Valentine of Rome, peristiwa mengenang Saint Valentine yang dikebumikan di Via Flaminia sekitar tahun 269M. Hari Valentine yang mengalami pelbagai penafsiran di sepanjang sejarah Eropah Moden akhirnya menjadi hari memuja kekasih, tidak terhad hanya kepada nilai, cara hidup dan kaum Nasrani di Barat, malah akhirnya menyerap sebagai budaya kaum Asia.

    Malang sekali, ritual yang tidak punya sebarang kaitan dengan kita sebagai kaum Muslimin, sedikit demi sedikit terserap sebagai budaya dan amalan anak-anak muda kita. Bukanlah soal bunga ros atau sekeping kad itu yang menjadi persoalan, tetapi kemusnahan jati diri sebagai seorang Muslim, dan sikap terhegeh-hegeh meniru segala yang datang daripada Barat itulah yang menjadi persoalannya.

    belimuda: untuk lebih lanjut tentang petikan daripada khutbah jumaat di atas, sila ke Saifulislam.