Mungkin ramai dalam kalangan umat Islam tidak menyedari akan hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah S.W.T. yang sia-sia, malahan ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Antara hikmah melakukan sujud ialah:
- Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- Melegekan sakit hernia.
- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- Meringankan bahagian pelvis.
- Memberikan dorongan supaya mudah tidur.
- Menggerakkan otot bahu, dada, leher, serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara tidak langsung memastikan kelancaran perjalanan darah yang baik.
- Mengurangkan risiko untuk menjadi gemuk.
- Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah.
beliamuda: artikel ini ambil daripada buku program Kem Penghayatan Islam (KPI) 2009, UTP
itu lah hikmah yg amat besar Allah sediakan buat hambanya yang rajin sujud kepadaNya…
Allah maha mengetahui ape yang hambanya buat…Allah maha Agung…
sesungguhya hanya dialah yg berhak disembah. setiap sesuatu yg diperintah adalah untuk kebaikan hambanya.
allah maha besar . .