Blog

  • It’s Jumuah dan Oley!!

    Salam sejahtera buat semua.

    Bob Lokman dan Matluthfi90

    Tiba lagi kita di hari Jumaat yang penuh kerahmatan ini. Walaupun tanpa kelas pada hari ini, kesibukan sentiasa akan mengiringi kehidupan seharian walaupun kelapangan selalu diwujudkan dengan alasan malas untuk berbuat sesuatu tugasan yang ada. Yang penting, tuntutan Fardhu Kifayah agar menunaikan solat Jumaat haruslah dipenuhi dengan baik.

    Rakan seperjuangan dan saya masih lagi cuba untuk bernafas dalam kesibukan terutama selepas persembahan poster yang tamat semalam dan berita mengenai dissertation projek yang perlu dihantar pada hari Isnin minggu depan. Masing-masing mula bimbang akan waktu yang semakin suntuk dan sesetengah daripada kami ada yang perlu menempuh Structured Interview (SI) dengan PETRONAS pada hari Isnin tersebut.

    (more…)

  • Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012

    Salam sejahtera buat semua.

    SBP Tingkatan 1 2012

    Bagi ibu bapa dan pelajar Darjah Enam yang telah menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 dan membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi sesi akademik bermula tahun 2012, semakan tawaran telah boleh mula dibuat pada hari ini.

    Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Satu di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2012 boleh dibuat sehingga 5 Januari 2012. Sekiranya permohonan anda tidak berjaya. Anda boleh mengemukakan rayuan dengan menggunakan aplikasi e-Rayuan seperti yang telah disediakan.

    (more…)

  • Pasca Persembahan Poster Projek Tahun Akhir

    Salam sejahtera buat semua.

    Pasca Persembahan Poster

    Tiga minggu terakhir dalam sesi pengajian semester terakhir telah membuktikan inilah kemuncak kesibukannya. Persembahan poster bagi kumpulan pertama dalam sesi semalam telah pun berakhir dan masuk hari kedua pada hari ini.

    Dengan segala cabaran dan dugaan berkaitan Projek Tahun Akhir yang melanda kebanyakan rakan-rakan termasuk saya sendiri, persembahan poster dibuat tanpa menunjukkan keputusan penuh.

    (more…)

  • Mumble-less Monday #16: Pemetik Api Good Luck

    Salam sejatera buat semua.

    Pemetik Api Semoga Berjaya

    Semoga berjaya”. Saya pasti bekas ini sebenarnya untuk meletakkan pen, namun apabila ianya diletakkan dengan pemetik api yang digunakan untuk menyalakan rokok, maksudnya seakan membawa sindiran kepada perokok!

    (more…)