Salam sejahtera buat semua.
Meniru Bulat-Bulat Jangan Sampai Kantoi!
Salam sejahtera buat semua.

Tidak dapat betul saya menahan gelora untuk menulis di sini apabila membaca satu entri seorang pensyarah di UTP (salah seorang panel yang menilai Process Plant Design I kumpulan saya) berkenaan komen beliau yang mengantoikan laporan yang ditulis oleh pelajar.
Berada di penghujung sem, banyaklah laporan yang perlu ditulis oleh pelajar untuk setiap tugasan dan projek yang perlu disiapkan. Ada yang menyelesaikan tugasan diberi dengan hasil usaha sendiri, tidak kurang juga yang menggunakan teknik peniruan untuk menyiapkan laporan.
Saman Kesalahan Trafik Pertama di UTP
Salam sejahtera buat semua.
Sepuluh bulan telah berlalu sejak saya kembali semula ke UTP daripada praktikal dan memandu kereta di kampus. Sepanjang tempoh itu juga, tidak pernah saya disaman atas kesalahan trafik di UTP yang kebiasaannya adalah saman akibat salah parking di kawasan larangan.
Namun, semua itu lebur begitu sahaja apabila saman kesalahan trafik (baca: traffic offences summon) yang pertama untuk saya dikeluarkan pada 18 Oktober yang lalu. Semua ini gara-gara saya memarkir di kawasan larangan iaitu tempat letak kereta staf di belakang Blok 17. Sebelum ini, saya pernah disaman atas kesalahan di IRC UTP.
Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan PMR 2011
Salam sejahtera buat semua.
[Terkini] Tarikh rasmi keputusan PMR 2012!
Setelah sekian lama pelajar Tingkatan 3 menanti pengumuman tarikh rasmi bagi keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, akhirnya tarikh tersebut telah pun disiarkan. Dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan oleh KPM pada hari ini, keputusan PMR 2011 akan diumumkan pada 22 Disember 2011, Khamis seperti jangkaan awal saya.
Sebelum ini, telah terdapat sebaran surat rasmi yang diedarkan kepada Pengetua semua Sekolah Menengah di Pulau Pinang. Ianya bertarikh 15 Disember iaitu seminggu sebelum tarikh pengumuman rasmi. Cuma agak pelik sedikit apabila siaran kenyataan akhbar tidak disiarkan pada tarikh yang sama. Surat rasmi tersebut boleh rujuk di bawah.


