Salam sejahtera buat semua.
Blog
-
Khabar Angin Tarikh Keputusan PMR 2011
Salam sejahtera buat semua.
Sejak saya menulis mengenai sebuah entri yang bertanyakan bilakah tarikh pengumuman keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, banyak pertanyaan dan info yang diberikan melalui ruangan komen oleh kebanyakan pelajar Tingkatan 3.
Adalah dimaklumkan di sini, bahawa tarikh yang saya maksudkan di dalam entri tersebut adalah tekaan saya sahaja dan bukannya satu tarikh yang memang telah pasti. Lagipun, saya sudah nyatakan di dalam entri berkenaan bahawa tarikh tersebut hanyalah telahan saya berdasarkan tarikh pengumuman PMR pada tahun-tahun sebelumnya.
-
(Trailer) Detective Conan 16: The Eleventh Striker
Salam sejahtera buat semua.
Baru sahaja dapat menonton Detective Conan 15: Quarter of Silence hampir sebulan yang lalu. Hari ni, dapat pula tengok trailer untuk Detective Conan 16: The Eleventh Striker (tajuk masih belum disahkan).
Trailer yang telah disubbed ini dikeluarkan oleh Detective Conan Translation Project (DCTP). Plot untuk muvi 16 nanti nampaknya berkisar sekitar perlawanan bola sepak yang merupakan salah satu skil dan kemahiran Shinichi Kudo. Peminat Detective Conan pasti tahu yang Kudo sebenarnya sangat meminati sukan bola sepak.


