Blog

  • Surat Debat Tok Guru Kepada PM

    Salam sejahtera buat semua.

    Sebelum ni, kecoh dengan idea Kerajaan Perpaduan yang diajukan oleh Presiden Pas. Tidak kurang juga komentar-komentar menarik daripada rakyat yang menjadi pemerhati. Bantahan Tuk Guru terhadap idea ini menghasilkan reaksi yang berbagai di kalangan ahli PAS sendiri. Mungkin ada rasional di sebalik bantahan Tuk Guru itu. Aku tidak tahu. Adakah kamu tahu? Kalau ada sesiapa yang nak faham serba sedikit tentang bantahan Tuk Guru tu, boleh baca satu artikel di Saifulislam. Kalau baca, jangan baca sekali. Cuba hadam baik-baik dulu. Maksud yang cuba disampaikan, agak dalam.

    Selepas itu, Tuk Guru menyatakan ingin berdebat dengan Datuk Seri Najib, PM kita yang terkenal dengan 1Malaysianya tu. Surat debat Tuk Guru dah hantar. Dibawah ini, saya sertakan salinan surat debat daripada Tuk Guru.

    (more…)

  • Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010

    Salam sejahtera buat semua.

    [Terbaru: Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012]

    Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/ 2011 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2009 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2009 hingga 10 Oktober 2009.

    Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :

    1. Jurusan Sains (M001)
    2. Jurusan Perakaunan (M003)
    3. Aliran Teknikal (M007)

    (more…)