Salam sejahtera buat semua.
Berkuat kuasa tengah malam 5 Julai 2012, harga jualan runcit petrol RON 97 akan diturunkan sebanyak 20 sen kepada RM2.60. Penurunan ini adalah sekali ganda berbanding 6 Jun lalu yang sebelumnya diletak pada harga RM2.90.
Rasanya sejak harga mencecah RM2.90 sebelum ni, semakin banyak pengguna setia RON 97 mula beralih ke petrol RON 95.
Harga petrol RON 95 jugalah yang kekal sama. Sensitif sangat kalau berlaku perubahan harga RON 95 terutamanya dalam iklim politik Malaysia sekarang ni. Kesan perubahan harga petrol RON 97 mungkin tidak dirasai sangat oleh rakyat Malaysia keseluruhannya.
Sumber daripada BERNAMA
beliamuda: Tak rasa pelik ke kenapa harga RON 95 tak turun sekali?
memg tak rasa sangat.. kadang2 je pakai RON 97 kat motor,tu pun time nak jalan jauh sikit. harga minyak? pilihanraya? menjadi tanda tanya..
izwanyusof´s last blog about ..Apa Perlu Buat Sebelum Berpindah Hosting?
Nape eh kalau nak jalan jauh mesti nak pakai RON 97?