Tarikh Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2011

Salam sejahtera buat semua.

Logo STPM 2011

Perhatian kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2011, keputusan STPM 2011 akan diumumkan pada 7 Mac 2012 ini. Keputusan STPM yang diumumkan pada tahun ini akan lewat berbanding tahun sebelumnya (STPM 2009 pada 25 Februari 2010 dan STPM 2010 pada 21 Februari 2011).

Keputusan STAM 2011 pula telah diumumkan lebih awal iaitu pada 26 Januari 2012 yang lalu, manakala tarikh pengumuman keputusan SPM 2011 dijangka pada minggu ketiga bulan Mac.

Continue reading

Emel Spam Daripada ApCos.biz Berkaitan Isu Ustaz Badrol Amin dan Cerita ‘Retreat’ di Kuantan

Salam sejahtera buat semua.

Pelik juga apabila saya mendapat satu emel spam daripada penghantar yang menggunakan domain ApCos.biz. Isi emel tersebut mengandungi beberapa baris ayat mengenai isu Ustaz Badrul Amin dan Cerita ‘Retreat’ di Kuantan. Emel tersebut turut dihantar kepada lagi 49 alamat emel yang lain (menjadikan jumlah penerima sebanyak 50).

Saya percaya, masih ramai lagi yang menerima emel spam tersebut berdasarkan kepada cara Yahoo! melayan emel ini sebagai spam. Saya kurang pasti pula bagaimana alamat emel ini boleh dikumpulkan oleh penghantar. Namun, di bawah ini saya paparkan isi kandungan emel tersebut.

Mumble-less Monday #18: Kad Ucapan Tahniah Dapat Kerja

Salam sejahtera buat semua.

Kad Tahniah Kerja

Kad ucapan tahniah dapat kerja ini diberi oleh mak saudara saya yang berada di Gombak. Sepatutnya kad ini dihantar terus ke rumah sebelum saya mula bekerja di Puchong, tapi sebab saya sampai lebih awal maka kad ini diberi terus. Sebenarnya saya baru sahaja dapat kad ini semasa menziarahi dia pada hujung minggu lalu.