(UNIC) Sangkar Hati: Perjuangan Palestin

Salam sejahtera buat semua.

Cover Album Hijrah UNIC

Kebelakangan ini, isu negara Palestin dan pendatang haram Isreal kembali menjadi isu hangat yang sering diperkatakan saban hari di Malaysia. Semuanya bermula apabila ada ahli politik yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan negara haram Israel sehinggakan kebanyakan pihak mula menyatakan pendirian masing-masing.

Dalam tulisan kali ini, saya bukannya ingin mengutarakan pandangan saya berkaitan hal tersebut melainkan berkongsi dengan anda sebuah lagu oleh kumpulan UNIC yang terdapat dalam album Hijrah. Lagu tersebut ialah Sangkar Hati yang menggambarkan perjuangan dan penderitaan rakyat Palestin.

Continue reading

Penyelesaiannya adalah Kembali Kepada Islam?

Salam sejahtera buat semua.

Sheikh Zayed Mosque

Setiap pagi dalam perjalanan ke tempat kerja, saya akan membuka radio IKIM.fm. Kebetulan segmen pada pukul 7.30 pagi itu sangat menarik minat saya. Tapi sampai sekarang saya masih belum tahu apakah nama slot tersebut.

Selepas slot tersebut, DJ akan ke udara dengan segmen berkaitan isu semasa yang kebiasaannya akan diambil daripada tajuk yang terdapat dalam surat khabar pada hari tersebut. Dalam slot itu, pendengar diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan komen masing-masing melalui panggilan ke konti radio atau secara dalam talian melalui Facebook dan Twitter.

Continue reading

Semakan Keputusan Pengambilan Kedua ke MRSM Tingkatan 1 dan 4 Sesi 2012

Salam sejahtera buat semua.

Kemasukan dan rayuan ke MRSM 2012

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengumumkan bahawa semakan keputusan pengambilan kedua kemasukan ke Tingkatan 1 (Form 1) dan Tingkatan 4 (Form 4) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) boleh dibuat mulai 22 Feb 2012 menerusi laman web MARA.

Mumble-less Monday #17: Pejabat Urusan Wisma Yokogawa

Salam sejahtera buat semua.

Pejabat Urusan Wisma Yokogawa

Sudah masuk minggu keempat sejak saya mula bekerja di Pejabat Urusan Wisma Yokogawa. Maknanya, sudah hampir sebulan jugalah saya di sini. Sebaik sahaja graduasi awal bulan Januari lalu, tidak panjang masa cuti saya di rumah. Buat masa ini, saya masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan suasana kerja di Yokogawa.

Continue reading