Blog

  • Terlajak Tinggal Di Singapura Selama 3 Hari

    Salam sejahtera buat semua.

    Passport Malaysia

    Berpunca daripada kecuaian diri untuk mengenal pasti dan kurang pengetahuan, saya telah terlajak tinggal di Singapura selama tiga hari.

    Peraturan bagi pas lawatan sosial warganegara Malaysia ke Singapura telah menetapkan bahawa rakyat Malaysia hanya boleh berada di Singapura selama 60 hari dalam tempoh 3 bulan.

    Kemasukan saya kali terakhir sebelum ini telah mencatatkan bahawa saya boleh berada di Singapura selama 16 hari sahaja dan saya pula tidak perasan akan hal ini.

    (more…)

  • Kenapa Pesta Makanan di Bulan Ramadhan?

    Salam sejahtera buat semua.

    ramadhan-buffet-2011

    Semakin hampir umat Islam untuk mula berpuasa di bulan Ramadhan, semakin hebat promosi bufet Ramadhan yang ditawarkan oleh kebanyakan restoran dan hotel. Adakah bulan Ramadhan yang dirindui kini lebih dinanti kerana gahnya hidangan makanan sewaktu berbuka puasa?

    Memang tidak dinafikan, ketibaan bulan puasa di Malaysia cukup sinonim dengan Bazar Ramadhan atau Param (akronim bagi Pasar Ramadhan). Akan tetapi, kemeriahan sebenar pada bulan Ramadhan adalah kerana pesta ibadah yang menawarkan ganjaran pahala yang banyak buat mereka yang mengamalkan, bukannya pada kemeriahan santapan makanan sewaktu berbuka puasa.

    (more…)