Salam sejahtera buat semua.
Berpunca daripada kecuaian diri untuk mengenal pasti dan kurang pengetahuan, saya telah terlajak tinggal di Singapura selama tiga hari.
Peraturan bagi pas lawatan sosial warganegara Malaysia ke Singapura telah menetapkan bahawa rakyat Malaysia hanya boleh berada di Singapura selama 60 hari dalam tempoh 3 bulan.
Kemasukan saya kali terakhir sebelum ini telah mencatatkan bahawa saya boleh berada di Singapura selama 16 hari sahaja dan saya pula tidak perasan akan hal ini.
Disebabkan saya tidak perasan akan ini, saya terpaksa berurusan di kaunter Immigration & Checkpoints Authority (ICA) semasa kali terakhir saya keluar dari Singapura pada hujung minggu lalu.
Kebiasaannya, apabila seorang pelawat didapati tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan, denda akan dikenakan atau tidak dibenarkan untuk masuk semula ke Singapura di masa hadapan.
Nasib baik ini adalah kesalahan pertama saya sejak kali pertama mempunyai passport dan bukan kesalahan yang disengajakan.
Mengikut apa yang diperkatakan oleh pegawai kastam Singapura, kemasukan saya yang seterusnya adalah pada bulan Ogos 2012.
Namun, dengan permohonan permit kerja (EP) yang telah diluluskan sebelum tamat tempoh saya berada di Singapura tempoh hari, saya dapat masuk semula untuk tempoh terhad selama tujuh hari.
beliamuda: Nasib baik!
pastu, begin next week dah takleh masuk?
Faris Al-Muhandisu´s last blog about ..Tema Hari Kebangsaan 2012 ke-55
Nasib baik boleh masuk lagi sebab dah ada Employment Pass.
perghhhhhhh lega! hehe 🙂
KNizam´s last blog about ..Sinaran Mentari Petang Di Balik Bukit Margalla | 1 Hari Sebelum 1 Ramadhan | Islamabad, Pakistan
Sangat bernasib baik bro!