Blog

  • Tawaran Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara Sesi 2012/2013

    Salam sejahtera buat semua.

    [Terkini!] Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2012/2013

    Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuka tawaran biasiswa bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara bagi sesi 2012/ 2013 pada hari ini, 6 Ogos 2012 bermula pukul jam 5 petang.

    Permohonan biasiswa JPA PIDN 2012 boleh dibuat secara aplikasi dalam talian (online application) bermula daripada waktu yang ditetapkan. Permohonan akan dibuka sehingga 12 Ogos 2012 (Ahad). Permohonan yang dibuat selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan oleh pihak JPA.

    (more…)

  • Perlawanan Akhir Badminton Olimpik 2012 Lee Chong Wei vs Lin Dan

    Salam sejahtera buat semua.

    LCW vs LD Olimpik 2012

    Lewat malam tadi, rakyat Malaysia sekali lagi berduka apabila Dato’ Lee Chong Wei tewas dalam perlawanan akhir badminton perseorangan menentang musuh tradisi, Lin Dan yang menyaksikan beliau membawa pulang pingat perak sebagai pingat pertama Malaysia dalam Olimpik London 2012.

    Dalam perlawanan yang berlangsung malam tadi, Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan setelah memberi tentangan hebat dalam tiga set dengan keputusan 21-15, 10-21, dan 19-21. Bagi yang menyaksikan acara badminton semalam pasti dapat merasai debaran dan semangat juang Lee Chong Wei terutamanya pada set ketiga yang paling sengit.

    (more…)