Perlawanan Akhir Badminton Olimpik 2012 Lee Chong Wei vs Lin Dan

Salam sejahtera buat semua.

LCW vs LD Olimpik 2012

Lewat malam tadi, rakyat Malaysia sekali lagi berduka apabila Dato’ Lee Chong Wei tewas dalam perlawanan akhir badminton perseorangan menentang musuh tradisi, Lin Dan yang menyaksikan beliau membawa pulang pingat perak sebagai pingat pertama Malaysia dalam Olimpik London 2012.

Dalam perlawanan yang berlangsung malam tadi, Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan setelah memberi tentangan hebat dalam tiga set dengan keputusan 21-15, 10-21, dan 19-21. Bagi yang menyaksikan acara badminton semalam pasti dapat merasai debaran dan semangat juang Lee Chong Wei terutamanya pada set ketiga yang paling sengit.

Lee Chong Wei Kecewa

Lee Chong Wei kecewa selepas kalah kepada Lin Dan.
Walaupun Lee Chong Wei kalah, kami sebagai rakyat Malaysia sangat terharu dengan usaha yang telah ditunjukkan dalam perlawanan tersebut.

Tweet Lee Chong Wei Minta Maaf

Dato’ Lee Chong Wei memohon maaf kerana tidak berjaya membawa pulang pingat emas buat rakyat Malaysia.

Lee Chong Wei Pingat Perak Olimpik 2012

Walaupun kita sebenarnya mengharapkan Lee Chong Wei membawa pulang emas untuk Malaysia dalam Olimpik London 2012, namun pingat perak ini juga sebenarnya merupakan pingat pertama Malaysia untuk edisi Olimpik kali ini.
Wujudkah pelapis untuk menggalas kegemilangan sukan badminton Malaysia di masa hadapan nanti?

Badminton Single Olimpik 2012

Skills win you medals, but attitude wins hearts
~ ESPN Commentator

beliamuda: Lee Chong Wei kini boleh dianggap sebagai lagenda baru badminton di Malaysia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge