Blog

  • Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Matrikulasi Sesi 2009/2010

    Salam sejahtera buat semua.

    Sesi matrikulasi 2009/2010 telah berakhir baru-baru ini selepas peperiksaan semester 2 berakhir. Kini, pelajar matrikulasi sesi 2010/2011 telah pun memulakan sesinya mulai 10 Mei tempoh hari.

    Berkenaan peperiksaan semester 2 tempoh hari, keputusan peperiksaan semester 2 tersebut bakal diumumkan tidak lama lagi. Semakan keputusan peperiksaan boleh dilakukan melalui beberapa cara. Sila baca dengan teliti di bawah.

    (more…)

  • Pasca Piala Thomas 2010: Malaysia Perlukan Muka Baru

    Salam sejahtera buat semua.

    Piala Thomas 2010

    Selepas berakhirnya saingan Malaysia dalam Piala Thomas 2010 apabila tumpas di peringkat separuh akhir selepas kalah kepada China, pastinya ramai yang akan mula memperkatakan kelemahan dan kekurangan skuad negara kita.

    Tidak kurang juga yang mula memberikan solusi kepada permasalahan dalam skuad negara, suatu yang biasa dalam industri sukan negara kita. Ramai yang sayang badminton sebab ini adalah salah satu daripada sukan yang kita mampu kuasai berbanding sukan lain seperti bola sepak dan olahraga.