Mood Bosan di Singapura

Salam sejahtera buat semua.

Singapore Merlion

Kebosanan melanda diri. Kebiasaannya hujung minggu beginilah saya akan keluar ke mana-mana tempat yang mengadakan aktiviti menarik (di pusat bandar Kuala Lumpur). Tapi kini di Singapura, saya tidak tahu ke mana mahu pergi. Maklumlah, berseorangan je. Lagi dua orang rakan sekerja sejak semalam lagi sudah keluar melawat kawan mereka.

Lee dah pesan sebelum ni, kalau rasa nak keluar jalan-jalan di Singapura, boleh beli kad EZ-Link. Senang nak naik bas dan MRT untuk gerak ke mana-mana. Cuma saya tidak tahu di mana tempat yang menarik untuk dilawati. Lagipun, apartment tempat saya menginap sekarang ni ada menyediakan perkhidmatan shuttle bus (excursion bus) untuk beberapa lokasi strategik bagi kemudahan penginap di sini.

Continue reading

Naik Taraf Kad ATM CIMB kepada Kad Debit CIMB MasterCard

Salam sejahtera buat semua.

Kad Debit CIMB MasterCard

Sebelum bermulanya perjalanan ke Singapura atas urusan kerja, antara perkara yang menjadi kerunsingan saya ialah perkara berkaitan kewangan. Sudah tentu saya perlu menukar Ringgit Malaysia (RM) kepada Dolar Singapura (SGD) untuk membolehkan saya berbelanja di sana. Tapi, berapa banyakkah yang perlu ditukar?

Untuk tidak mengusutkan fikiran, adalah lebih baik saya mempunyai kad kredit atau kad debit yang boleh digunakan tanpa perlu risau mengenai tukaran matawang jika wang yang saya bawa bersama sudah kehabisan. Setelah meminta pandangan keluarga dan rakan-rakan serta status semasa kewangan, saya memutuskan untuk menaiktaraf Kad ATM CIMB (CIMB BankCard) saya kepada Kad Debit CIMB MasterCard (CIMB Bank Debit MasterCard).

Continue reading

Seminggu Tanpa Kemaskini

Salam sejahtera  buat semua.

Daito Office SDEL

Genap seminggu tanpa kemaskini di blog. Sejak kali terakhir meninggalkan jejak di sini, saya telah meninggalkan bumi Malaysia untuk ke Singapura atas urusan kerja. Dekat je pun sebenarnya.

Cuma belum pasti bilakah saya akan kembali semula ke Saujana Puchong. Namun yang pasti, setiap 30 hari saya perlu meninggalkan bumi Singapura kerana kemasukan saya ke negara ini adalah maksimum selama 30 hari sahaja. Mungkin ke Johor Bahru. Sepanjang seminggu yang lalu dan beberapa minggu mendatang, saya melakukan urusan kerja di Tuas (berdekatan dengan Second Link, Tuas Checkpoint yang menghubungkan Malaysia – Singapura).

Continue reading