Salam sejahtera buat semua.
Blog
-
Pusingan Pantas Meter Air
Salam sejahtera buat semua.
Saya sangat tak suka apabila muncul suatu masalah yang jalan penyelsaiannya terpaksa melibatkan orang lain dan wang pada masa yang sama kerana ianya akan memakan masa. Masalah seperti ini baru sahaja menjelma dan disedari lewat petang semalam.
Masalah yang dimaksudkan adalah seperti apa yang dicatatkan dalam tajuk entri kali ini. Saya telah mengesan wujudnya gerakan pantas meter air yang abnormal pada paip air utama. Pengesanan ini adalah secara tidak sengaja apabila saya mendengar bunyi gerakan mekanikal yang tidak biasa selepas keluar daripada kereta di depan pintu pagar rumah sewa.
-
Temu Mesra RAM dan Zaer Rihaz di Borders Berjaya Time Square
Salam sejahtera buat semua.
Bagi peminat Ramlee Awang Murshid (RAM) yang popular dengan novel thriller, satu program Temu Mesra akan diadakan di Borders Berjaya Time Square pada hari ini iaitu pada pukul 3 hingga 5 petang. Kalau anda memiliki novel terbaru RAM iaitu Fiksyen 302, boleh la bawa bersama untuk ditandatangan oleh RAM.
Saya juga mungkin akan turut berada bersama. Novel Fiksyen 302 pun sudah lama habis baca. Tak sabar rasanya menanti novel Sunan Musafir yang akan menoktahkan siri novel yang memaparkan Laksamana Sunan sebagai watak utama.



