Salam sejahtera buat semua.
Jadual Waktu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012
Salam sejahtera buat semua.
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan jadual waktu peperiksaan bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 – masih lagi peringkat draf buat masa ini (Draf 2 – 24 Jun 2012). Jadual waktu tersebut boleh didapati di portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Di bawah ini turut dipaparkan jadual waktu penuh bagi UPSR 2012.
Wacana Perdana Siri 11 di Balai Islam, Kota Bharu
Solat Jumaat di Masjid Assyafaah, Singapura
Salam sejahtera buat semua.
Kalau di Tuas sebelum ni, kedudukan masjid yang paling hampir adalah 16km. Namun sejak beralih lokasi ke Sembawang Shipyard, kedudukan masjid paling dekat adalah dalam 600 meter sahaja daripada Gate 1 (kira-kira 1km dari pejabat) iaitu Masjid Assyafaah. Dengan jarak masjid yang dekat, dengan berjalan kaki pun boleh sampai.
Kali pertama saya lalu di depan kawasan masjid ini, saya tidak perasan pun ianya adalah sebuah masjid kerana binaannya yang moden. Apabila saya menunjukkan masjid ini kepada rakan yang lain, mereka pun agak teruja kerana rekaan bangunan Masjid Assyafaah yang jauh berbeza daripada kebiasaan.



