Cashout ChurpChurp Kali Pertama Yang Tidak Berjaya

Salam sejahtera buat semua.

Plushie churp2

Saya telah menggunakan ChurpChurp sejak September 2009. Mungkin pada masa tu Churp2 baru sahaja dilancarkan. Maknanya, sudah tiga tahun saya menggunakan servis Churp2 sebagai medium mencari duit sampingan di Internet.

Sejak kali pertama menggunakan Churp2, tidak pernah sekali pun saya cashout. Saya pun tak tahu kenapa lama sangat dibiarkan tanpa cashout sedangkan lepas dua tiga bulan guna Churp2, dah capai nilai minima. Mungkin sebab nak lihat ianya terkumpul begitu sahaja.

Baru-baru ini, tergerak di hati untuk buat cashout di Churp2 sekali dengan beberapa servis lain yang digunakan seperti SAYS dan Nuffnang (ini pula dah dua tahun dibiarkan). Malangnya, Churp2 tidak dapat diakses pada hari tersebut kerana berlaku gangguan sambungan.

Niat Yang Tidak Kesampaian

Awalnya, saya ingatkan masalah tidak dapat akses hanya sementara sahaja kerana pernah terjadi sebelum ini (walaupun error yang keluar bukan seperti kebiasaan). Hampir seharian jugalah akses tiada.

Apabila akses kembali pulih keesokan harinya, saya dapati terdapat pengurangan mendadak dalam jumlah earning. Adakah dikenakan penalti atau ada klik yang dibatalkan kerana fraud? Tak pernah saya buat pun semua benda ni.

Setelah diselidiki, rupa-rupanya jumlah earning yang terpapar adalah yang dikira sehingga bulan Mei 2012. Mana pergi yang bulan Jun hingga yang terkini?

Setelah diselidiki, tahulah saya bahawa masalah tidak dapat akses Churp2 pada hari sebelumnya berkaitan dengan pengurangan earning yang mendadak ni. Bagi yang ingin mengetahui apakah hal sebenar yang terjadi, boleh rujuk di blog Churp2.

beliamuda: Apakah mungkin digeledah ribuan tweet dan status FB semata-mata untuk buktikan earning yang hilang tu? Mustahil!

2 thoughts on “Cashout ChurpChurp Kali Pertama Yang Tidak Berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge