Salam sejahtera buat semua.
Mumble-less Monday #23: Pengalaman, Iktibar dan Muhasabah Diri
Salam sejahtera buat semua.
Sangatlah beruntung bagi mereka yang dapat menjadikan pengalaman sendiri sebagai pengajaran untuk menjadi lebih matang dalam kehidupan.
Orang lain yang turut sama mengambil iktibar dan teladan daripada pengalaman individu lain juga beruntung.
Tapi rugilah mereka yang bodoh sombong dengan tidak menghiraukan pengalaman sendiri mahupun orang lain.
Jadilah insan yang bijak.
Nikmat Kalau Dapat Makan Durian!
Salam sejahtera buat semua.
Sebelum berangkat ke Singapura dua minggu lepas, saya tak melepaskan peluang untuk merasai nikmat makan buah durian. Masa tu ada dua jenis pilihan durian iaitu Musang King dan satu lagi jenis durian yang saya beli di atas (dah lupa nama apa).
Yang Musang King tu lagi mahal la daripada yang ni. RM25 dapat satu bungkus Musang King, tapi untuk jenis yang ni dapat dua. Balik makan dengan rakan serumah, lagi syok!
Aw0k2! Geng Burger Bakar Abang Burn Ramal Junction Food Court
Salam sejahtera buat semua.
Saya sangat teruja apabila melihat gambar ini kerana semua yang berada dalam gambar di atas kecuali yang kedua dari kiri adalah rakan-rakan yang saya kenali. Lebih tepat lagi, mereka ini ialah geng Aw0k2! yang telah menjadi krew Burger Bakar Abang Burn untuk cawangan yang baru dibuka hari ini di Ramal Junction Food Court.
Kalau ada di Puchong sekarang ni, memang konfem akan pergi terjah ke sana. Lagipun, sepanjang Burger Bakar ni jadi femes, tak pernah lagi saya cuba walaupun ada cawangan Burger Bakar di Puchong Utama.



