Semalam yang meletihkan

Sudah lama aku tidak berjaga malam. Sepanjang malam. Kali terakhir aku melakukannya, ketika aku masih di Foundation. Namun, semalam bukan berjaga malam seperti yang dulu. Kalau yang dulu berjaga kerana marathon tengok muvi, tetapi kali ini kerana meeting lab group.
Semuanya bermula gara-gara lab Sepro yang tertangguh selama dua minggu. Bukan sengaja, tetapi seakan tabiat lama. Uhuk-uhuk… Ada sedikit kesukaran dalam menyiapkan laporan eksperimen tersebut. Silap aku juga kerana tidak mampu untuk memberikan komitmen. Bukan tidak mahu, tetapi ada sedikit gangguan semasa hujung minggu lepas. Tiba-tiba aku demam, batuk dan selsema. Sampai hari ini masih batuk lagi. Boss pula sibuk. Jadi, tidak ada orang yang mengawal group 8.

Dengan segala usaha yang ada, kami berhasil menyiapkan laporan eksperimen untuk Sepro, dalam serba kekurangan. Nasib baik ada ahli tambahan, Amin, Presiden RSCU UTP. Huhu~~. Bangga pun ada juga dapat satu kumpulan dengan orang yang mantap macam dia. Cuma dia agak sibuk sedikit la.

Dalam keterlewatan menyudahkan laporang tersebut, kami terpaksa membayar kos yang tinggi. Laporan eksperimen Process Heat Transfer (PHT) juga tertangguh secara automatik. Yang menariknya, laporan tersebut wajib dihantar pada hari ini. Aku tak sangka pula pengiraan daripada data eksperimen sangat banyak. Tak seperti prosedur eksperimen yang agak senang. Cis… Punya la panjang.

Maka, semalam kami berkumpul untuk menyiapkan laporan tersebut. Nasib baik aku telah awal-awal lagi memasukkan data ke dalam MS Excel untuk proses pengiraan dan keputusan. Aku telah mengedarkan data tersebut kepada setiap ahli kumpulan. Semalam baru aku perasan banyak sangat pengiraan yang kena buat dengan segala formula yang panjang lagi pelik. Nasib baik aku berhasil mengeksploitasi MS Excel untuk pengiraan. Tapi, kami masih belum mampu menyudahkannya….

Kami berkumpul di cafe V4 sebelum bergerak ke cafe V5 pada pukul 12 malam kerana kesiankan Farah yang tinggal di V5. Akhirnya, kami bertiga sahaja yang tinggal buat kerja – aku, Shahwal dan Luqman. Farah awal-awal lagi dah beransur pulang ke bilik menyahut seruan bantalnya. Cis… Kami meneruskan pengiraan sambil layan lagu Rock Kapak. Nampaknya, Luqman juga tidak mampu untuk bertahan. Aku dan Shahwal meneruskan pengiraan yang sangat banyak itu sambil melayan trailer muvi-muvi terbaru. Maklumlah, internet sangat laju masa tu.

Shahwal tengah melantak~~

Memang betul-betul khusyuk ni…

Akhirnya, kami semua pulang ke bilik masing-masing tepat pukul 4.50 pagi. Semasa tiba di bilik, aku terus buka balik laptop untuk layan drama “Heroes” sambil makan. Sekitar pukul 6 aku terlelap sebelum bangun semula untuk solat subuh dan ke kelas yang bermula pukul 8. Luqman awal-awal lagi dah keluar untuk ke Pusat Memandu. Dalam keadaan yang masih mengantuk, aku mengagahkan diri ke kelas dan nasib baik Dr. Muru hanya buat latihan sepanjang kelas. Maklumlah, tutorial. Selalunya, dia bagi syarahan. Habis sahaja kelas, terus aku berjalan pulang seorang diri sebelum singgah ke bilik Apih di V3. Oh, saya sudah tidak mengantuk…

Gambar Luqman tidak dapat disiarkan atas masalah bukan teknikal

Pukul 12 terpaksa ke makmal untuk menghantar laporan dan juga untuk Viva. Hajatnya, nak keluar potong rambut la hari ni…

p/s: kalau sesiapa yang baca di twitter aku (@beliamuda), lebih kurang la apa yang aku update kat sana.

beliamuda: banyak lagi kerja tertangguh… resolusi semalam, tak nak tangguh kerja… berjaya ke?

Minta maaf secara terbuka

Al-kisah, tersebutlah kisah aku yang tidak enak sebenarnya untuk aku kongsikan. Semalam, aku secara tidak sengaja telah menyebabkan seorang downline aku marah. Aku yang ketika itu sedang gembira dengan perbincangan untuk laporan eksperimen, terkejut dengan mesej yang dihantar kemudiannya. Aku jawab mesej itu secara ringkas. Tiba-tiba sahaja dia marah. Dan dia sememangnya sangat marah…

Kemudiannya, hari ini aku terbaca satu entri di blog seorang kawan yang juga sedang marah. Aku rasa aku turut terlibat. Terasa juga bila baca entri tersebut.

Aku paling resah dan risau apabila seseorang sedang marah kepada aku, lebih-lebih lagi apabila orang tersebut adalah orang yang kenal dengan aku. Maksudnya, kalau orang yang tak kenal tu, tak risau sangat la.

Satu lagi tragedi yang lebih parah, sampai sekarang membuat aku resah.

beliamuda: entri ini ditulis secara tergesa-gesa ketika aku berada di forum “Kemana Arah Cintaku”. Nanti akan ditambah lagi. Entri ini dihantar menggunakan telefon bimbit.

Hari Valentine

Menjelang 14 Februari, kaum Nasrani dan masyarakat Barat sibuk meraikan Hari Valentine. Hari Kekasih yang disandarkan secara sejarahnya kepada Valentine of Rome, peristiwa mengenang Saint Valentine yang dikebumikan di Via Flaminia sekitar tahun 269M. Hari Valentine yang mengalami pelbagai penafsiran di sepanjang sejarah Eropah Moden akhirnya menjadi hari memuja kekasih, tidak terhad hanya kepada nilai, cara hidup dan kaum Nasrani di Barat, malah akhirnya menyerap sebagai budaya kaum Asia.

Malang sekali, ritual yang tidak punya sebarang kaitan dengan kita sebagai kaum Muslimin, sedikit demi sedikit terserap sebagai budaya dan amalan anak-anak muda kita. Bukanlah soal bunga ros atau sekeping kad itu yang menjadi persoalan, tetapi kemusnahan jati diri sebagai seorang Muslim, dan sikap terhegeh-hegeh meniru segala yang datang daripada Barat itulah yang menjadi persoalannya.

belimuda: untuk lebih lanjut tentang petikan daripada khutbah jumaat di atas, sila ke Saifulislam.

Hikmah Sujud dalam Solat

Mungkin ramai dalam kalangan umat Islam tidak menyedari akan hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah S.W.T. yang sia-sia, malahan ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Antara hikmah melakukan sujud ialah:

  • Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • Melegekan sakit hernia.
  • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • Meringankan bahagian pelvis.
  • Memberikan dorongan supaya mudah tidur.
  • Menggerakkan otot bahu, dada, leher, serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  • Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara tidak langsung memastikan kelancaran perjalanan darah yang baik.
  • Mengurangkan risiko untuk menjadi gemuk.
  • Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah.

beliamuda: artikel ini ambil daripada buku program Kem Penghayatan Islam (KPI) 2009, UTP