Merangkai Kata Yang ke-200

Selamat sejahtera buat semua.

entri-200

Hari ini ada sejarah tersendiri. Hari ini, hari pertama saya menempuh Final Exam yang dimulai dengan Probability and Statistic. Habis pening kepala bermain dengan nombor dan angka untuk dicari kebarangkalian dan statistik berkaitan. Nasib baik buku formula yang tebal tu ada kebanyakan rumus yang panjang lagi pelik tu…

Continue reading

Perlukah Saya Memiliki Akaun Facebook?

Salam sejahtera buat semua.

facebook_1

Sejak kebelakangan ni, semakin ramai rakan-rakan yang mempunyai akaun di Facebook (FB). Tidak kiralah rakan-rakan satu jurusan mahupun rakan-rakan zaman persekolahan. Tidak kurang juga cikgu yang pernah mengajar saya suatu masa dulu.

Beberapa minggu lalu, saya ditunjukkan profil FB kepunyaan seorang rakan. Terus, dia mengajak saya untuk turut sama mempunyai akaun FB. Keesokannya, seorang lagi rakan menunjukkan profil FBnya. Dia pun turut sama mengajak saya.

Continue reading

Debaran Final Exam Datang Lagi

Salam sejahtera buat semua.


Akhirnya, sem ini telah pun menghampiri ke penghujungnya. Namun, sebelum betul-betul tiba di pengakhiran 2nd Year 2nd Semester, klimaks yang wajib ditempuh dalam kronologi setiap semester – Final Exam. Minggu ini, secara rasminya bermulalah Final Exam bagi pelajar-pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP), kecuali pelajar trisemester.

Continue reading

Kemaskini 7 Eleven

Salam sejahtera buat semua.

enigma

Kenapa 7 Eleven? Ni tarikh semalam sebenarnya. Patutnya semalam la kan tulis tajuk macam ni, tapi sebutan tu macam best je, jadi sesuai dibuat tajuk la kan. Kebetulan pula, memang entri ni berkaitan dengan apa yang berlaku semalam.

Apa yang berlaku semalam eh? Ringkasnya, semalam memang penat sangat, tiba-tiba teringat kat kampung halaman, Kelantan kalah Piala Malaysia, dan entri yang dikatakan panas oleh seorang rakan.

Continue reading