Blog

  • (Aiman) Kau Yang Selalu Ada: Dedikasi Daripada Seseorang

    Salam sejahtera buat semua.

    Melodi

    Lewat malam yang hening, dikala sibuk dengan urusan akademik, dikala mata yang kian layu dan mengantuk menghadap sebuah buku tebal, tiba-tiba telefon berdering. Deringan yang menandakan adanya sebuah mesej yang baru.

    Nama si dia terpapar. Entah apa isinya. Lantas ku buka dan membacanya. Agak panjang. Apabila ku baca dan hayati, terdetik di hati mungkinkah ini petikan daripada lirik lagu. Terus sahaja ku cari dan nyata telahanku tepat.

    Mesej panjang yang si dia hantar sebentar tadi adalah petikan daripada lagu yang dinyanyikan oleh Aiman (Akademi Nasyid) yang bertajuk Kau Yang Selalu Ada. Dengarkan lagu tersebut di bawah.

    (more…)

  • Jadual PIKOM PC Fair 2011 Edisi Pertama

    Salam sejahtera buat semua.

    PIKOM PC Fair 2011

    Acara tahunan PIKOM (Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia) PC Fair kini kembali lagi untuk tahun 2011. PC Fair ini telah pun bermula sejak penghujung bulan Februari lalu dengan permulaan karnival di Melaka. Kalau tak silap, PIKOM PC Fair 2010 dilaksanakan sebanyak dua kali.

    Tetapi untuk tahun ini, PIKOM PC Fair 2011 bakal diadakan sebanyak tiga kali dalam tahun ini. Edisi pertama ini akan berlangsung dari Februari sehingga Mei 2011. Edisi kedua pameran tersebut bakal diadakan dari Jun hingga Julai, manakala edisi ketiga akan diadakan selama tiga bulan mulai Oktober hingga Disember. PIKOM PC Fair 2011 merupakan acara pertama yang akan diadakan untuk merayai PIKOM ulang tahun ke-25.

    (more…)