Blog

  • Tarikh Sebenar Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi Sesi 2011/2012

    Salam sejahtera buat semua.

    Hari ini saya dikejutkan dengan khabar angin semakan matrikulasi yang telah boleh dibuat mulai hari ini. Adalah dimaklumkan, khabar angin tersebut salah sama sekali.

    Pihak Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa keputusan dan semakan rasmi hanya boleh dilakukan mulai daripada 28 April 2011. Tempoh ini adalah lima minggu selepas keputusan SPM 2010 diumumkan tempoh hari.

    (more…)

  • Pelangi petang yang muncul selepas hujan

    Salam sejahtera buat semua.

    Pelangi selepas hujan

    Hujan turun lagi lewat petang ini. Panas terik sedari pagi tadi terhapus dek awan gelap yang menitiskan gerimis petang. Kini langit kelihatan merah saga.

    Di saat kesibukan mula terasa menghimpit ruang masa, ditambah lagi dengan waktu di penghujung sem yang menghampiri peperiksaan akhir, segalanya dirasakan semakin memberat untuk ditanggung.

    Cahaya yang hadir di saat kesusahan ini melanda, sedikit sebanyak menyinari sudut yang dirasakan semakin kelam. Sebentar tadi, satu berita gembira diterima. Moga ianya dapat disahihkan dan menjadi penyeri di saat stress semakin menggila. Harapan…

    (more…)