Salam sejahtera buat semua.
Hari ini saya dikejutkan dengan khabar angin semakan matrikulasi yang telah boleh dibuat mulai hari ini. Adalah dimaklumkan, khabar angin tersebut salah sama sekali.
Pihak Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa keputusan dan semakan rasmi hanya boleh dilakukan mulai daripada 28 April 2011. Tempoh ini adalah lima minggu selepas keputusan SPM 2010 diumumkan tempoh hari.
Saya juga telah memberitahu dalam tulisan sebelum ini berkenaan tarikh semakan permohonan dan kemasukan matrikulasi 2011/2012, namun ada yang cuba menyebarkan berita tidak tepat.
Segala dokumen berkaitan dengan tawaran kemasukan ke matrikulasi juga hanya sah dan boleh dimuat turun mulai 28 April 2011. Dokumen yang boleh dimuat turun ialah:
- Surat Tawaran
- Panduan Pendaftaran Pelajar
- Borang Perjanjian Pelajar
- Dokumen Peribadi Pelajar
Dokumen di atas yang dicetak sebelum tarikh tersebut adalah tidak sah sama sekali.
beliamuda: Siasat dan selidik sebelum mempercayai bulat-bulat apa yang disebarkan…
boleh beritahu saye, perbezaan matrikulasi dan asasi sains.
@nor hawati, ada perbezaan dari segi silibus. secara khusus, saya kurang pasti, tapi matrik ada yang setahun dan dua. asasi kurang pasti. maaf, tak dapat bantu sangat.
Bila rayuan boleh dibuat ek?
@lee, rayuan matrikulasi? selepas keputusan matrik dikeluarkan.
pehh…sakit ati gilerr..kne tipu rupe nye..x patot betoll…kejam3333…
Pingback: Update Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi Sesi 2011/2012 | Info Terkini Online
Pingback: Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi 2011/2012 Melalui SMS | beliamuda {dot} com
http://www.facebook.com/pages/KMK-SESI-20112012/145029678899613
unutk kemasukan sesi 2011/2012,page di facebook ini membantu anda untuk sebarang pertanyaan.kaunselor dari matrik kedah akan menjawab pertanyaan anda